Sabtu, 1 Mei 2010

'ORANG GILAKU'

POST NI AKU BUAT TARIKH 1.5.2010 LEBIH KURANG JAM 4 PAGI. JIWA KACAU TIME NI....

Assalamualaikum..

Kali ni nak cerita isi hati aku.. Tak la best mana tapi dengar je la..

Aku kenal dia untuk tempoh yang begitu singkat. Asalnya sebab dia salah nombor. Katanya dia chatting dan kawan chat dia bagi nombor telefon aku ni pada dia. Kira kes kena 'kencing' la ni. Mulanya aku malas nak layan, tapi mamat ni tak faham bahasa. dikacau jugak kehidupan aku yang aman tenteram ni. Disebabkan itu aku pun panggil la dia orang gila dan dia gelarkan aku mak nenek sebab aku ni kuat membebel. Dalam tempoh 3 hari je rasanya aku pun layan la jugak dia ni dan kami berkawan. Pendekkan cerita dia ni punya bekas awek budak U yang aku belajar ni jugak. Mula tu aku tak percaya. Jadi dia bagi gambar perempuan tu dan aku tanya budak sebilik aku. Sekali tu kawan ni kenal. Makanya aku pun percaya la cakap mamat ni.

Kawan dengan dia lebih kurang seminggu aku pun jumpa dengan dia. Ini pun kebetulan tak rancang pun. Asalnya aku bosan aku mesej bagi tahu dia. Dia lak terus call suruh aku siap-siap nak bawa keluar makan. Disebabkan dia dah on the way aku pun siap-siap la. Tapi yang best dia suruh aku yang drive kereta tu. Jadi selamat la sikit kalau ada apa-apa aku yang pegang stereng.

Dia baik. Aku senang berkawan dengan dia. Suka mengusik, suka melawak kiranya senang la bila dengan dia. Tapi hubungan ni cuma untuk 3 minggu je. Mulanya aku tak pasti sangat dia ni ada awek ke tidak sebab cerita dia banyak sangat aku pun tak pasti yang mana satu cerita dia yang paling terbaru. Hari terakhir jumpa, dia macam tak berapa ok sangat. Mulanya ingat dia penat kerja tapi sebenarnya dia gaduh dengan awek dia. Aku agak bengang la sebab rasa macam kena tipu je. Seterusnya dia cakap kitorang tak leh selalu jumpa takut dia susah nak lepaskan aku. Aku ye kan aje lagipun bukan elok pun keluar selalu.

Lepas kes ni dia dah tak mesej aku tak call aku. Bila aku bagi mesej pun dia tak balas. Dia bagi tahu dia dah baik-baik dengan awek dia. Aku pendekkan lagi cerita...kiranya ada awek susah dah nak contact sebab nanti awek dia marah (sampai hari ni masalah macam ni aku tak faham). Lepas tu bla..bla..bla.. Aku pun bawa haluan aku. Aku padam nombor dia semua. Tup..tup..tadi dia call. Aku pun layan acuh tak acuh. Hati sakit hilang orang yang dah dekat dengan hati aku. Cara cakap dia pun serba tak kena. Mungkin rasa bersalah kot. Dia bagi tahu dia dah bertunang tapi macam tak gembira je cerita kat aku. Tak faham pulak aku. Dia asyik ulang susah nak call atas alasan yang sama jugak. Fine with me. Not my problem right. I start to forget him. Ini pun dia telefon aku pakai telefon kawan dia. Entah apa lagi aku cakap dengan dia (yang pasti aku tak cakap dia yang banyak bercakap aku hanya hurmmm..) lepas tu dia ada sebut lepas ni dia takkan call lagi. Aku cakap ok. Then dia tanya aku tak nak kawan dengan dia lagi ke? Aku cakap kalau kita berkawan pun tapi masalah je yang banyak lebih baik kita putus hubungan. Aku pun nak tengok kawan aku bahagia. Aku tak suka pasal aku kawan aku terpaksa hidup merana semata-mata nak pertahankan kau. Tak pe la aku masih mampu jaga diri aku dan Saha juga boleh pertahankan aku.

Aku sayang dia. Bila dengan dia aku rasa aku macam dengan abang aku. Rasa macam dengan kawan baik aku tapi dah jodoh panjang ni je. Aku pun tak tahu kenapa aku kecewa sangat. Aku pun keliru jugak dengan perasaan aku ni. Hubungan apa yang aku ada sebenarnya dengan dia selain daripada kawan sahaja. Entah la malas fikir. Aku harap dia bahagia.

Mungkin sampai sini je kot kitorang kawan. Walaupun sampai sekarang susah aku nak lupakan dia. Macam terbau-bau dia ada dekat aku. Suara dia pun macam kat telinga aku je. Biarlah semua setakat malam ni je. Lepas ni kalau berhubung lagi biar la dalam keadaan yang lebih aman dan tak kacau jiwa aku.

Orang Gila Aku Sayang Kau. Jaga diri baik-baik.. Selamat Tinggal ORANG GILAKU...

Wassalam

Sosiologi Dah Selesai

Untuk Post ni aku buat pada tarikh 28.4.2010 pada jam 10.00p.m (hari aku habis exam sosio)

Assalamualaikum..

Baru je selesai exam sosiologi. Betul-betul killer paper. Jadi killer paper sebab aku tak belajar awal-awal. Esok nak periksa hari ni baru terkangkang-kangkang nak siapkan nota yang pensyarah bagi. Soalan yang diberi pun tak la susah sangat tapi aku ni dah syok sangat jawab soalan yang mula-mula sampai habis masa 45 minit kat situ je. Teruk gila kan time management aku.

Sebelum mula exam, jangan cakap la..masa tu rasa nak muntah, nak buang air, nak pitam semua ada la rasanya. Apa yang best satu kelas sehati sejiwa rasa gabra nak exam. Ada jugak yang tak sabar-sabar nak jawab soalan sebab nak cepat mengakhiri 'neraka kecil' sepanjang exam.

Habis je periksa semua keluar dengan muka senyum-senyum dan bergelak ketawa. Rasa lega. Memang heboh betul la macam dah habis exam ja padahal ada lagi satu subjek. Masing-masing bukan mainbergurau senda. HAHAHAHAHA.......bila keluar tu rasa macam syorga dunia ja. Hehehe..perjuangan belum selesai kawan-kawan. Ada paper Metodologi Dakwah pulak.

Sebenarnya kecewa jugak sebab soalan tak la susah mana tapi dah belajar saat-saat akhir jadi lagu tu la. Semuanya ingat-ingat lupa. Kalau lupa-lupa ingat tak pe jugak sebab pengakhirannya ingat jugak, ini tidak sekadar ingat-ingat lupa ending lupa jugak.

Maka dengan ini, dapatlah disimpulkan bahawa belajar ni perlu mula dari awal persediaannya bukan semata-mata nak lulus peperiksaan saja tapi juga untuk keperluan dalam hidup ini. Nama blog aku ni pun the philosopher atau pemfalsafah jadi setiap post aku sepatutnya kena ada falsafah la kan.. Tak gitu ketua kampung??? Ok kawan-kawan.. Falsafah kita kali ini PENGAKHIRAN YANG BAIK BERMULA DENGAN PERANCANGAN YANG BAIK. Yang tukang nasihat pun pandai nasihat je. Nak buat haram.. Tapi sekurang-kurangnya dah kena batang hidung sendiri maka adalah sedikit kesedaran dalam diri sendiri. Tak gitu kawan? Mana yang elok kita amalkan yang tak betul kita perbaiki.

Wassalam...

Emak Pesan Kalau...

Assalamualaikum..

HUrmm...rajin betul aku tambah artikel dalam blog ni. Macam-macam dah jadi sepanjang minggu peperiksaan ni. Walaupun tertekan kena fokus dengan Semalam dapat berita gembira. Akhirnya Saha dapat exam but im still cool as always.posting selepas dekat 2 bukan dia duk rumah tak buat apa-apa. Alhamdulillah...Allah makbulkan doaku supaya Saha cepat dapat kerja. Situasi ekonomi dan politik negara yang agak berkecamuk ni bukan senang nak dapat kerja. Hendak pula kerja tetap dengan kerajaan lagi la perit nak dapat. Sekarang ni aku lega la Si Dia dah dapat kerja tetap. 3 tahun lagi nak kumpul duit sementara tunggu aku habis belajar.HIHIHII....
Aku teringat cakap emak aku. Kalau nak cari suami cari orang yang sayang kita bukan orang yang kita je sayang dia. Lagi cari lelaki yang dah ada kerja tetap senang nak tangung anak bini nanti. Lagi mak aku cakap kalau boleh jangan la cari orang jauh yang dekat-dekat sudah la, yang naik kereta pun boleh sampai tak payah nak naik kapal terbang. Hihihihi... kelakar pun ada bila teringat. Tapi itu la hajat emak aku. Iye la keluarga aku banyak anak perempuan kalau kami ni kahwin orang jauh siapa pulak nak tengok mak dengan ayah. Kalu ikut aku nak dekat ambil je anak jiran sebelah. betul dekat tu. Tapi jodoh ketentuan Allah. Manusia hanya mampu merancang dan emak pun hanya beri luahan rasa hati.
Bila sebut luahan rasa hati, masa cuti study week yang lepas aku banyak la habiskan masa dengan mak aku. Masa sibuk-sibuk tolong mak kat dapur tiba-tiba mak cakap kat aku bila aku buat praktikal nanti mintak kat KL je jangan mintak jauh-jauh. Niat hati aku memang macam tu pun. Kalau mak tak cakap pun memang aku mintak kat KL senang dekat dengan keluarga tak ada la aku rindu-rindu. Masa mak cakap tu aku tak berapa ambil endah sangat. Lepas kejadian tu ada satu malam lepas solat aku baca Quran. Habis aku mengaji tu mak aku datang kat aku pesan kat aku lepas setiap kali solat fardhu buat la solat taubat. Paling kurang buat dua rakaat jadi la. Masa tu pun aku buat tak kisah ja. Tapi aku simpan dalam hati la apa mak aku pesan. Aku cuba la jugak buat paling tidak sehari sekali. Masa aku kat rumah aku tak fikir sangat apa yang mak aku pesan bila aku balik UDM tiba-tiba aku teringat. Rasa pelik pulak bila aku fikir balik. Bukan sebelum ni mak aku tak rajin nak pesan cuma kali ni cara dia pesan lain. Biasanya dia akan pesan masa duduk sembang-sembang tapi kali ni mak datang sendiri kat aku. Entah la mungkin tak ada apa yang pelik mungkin jugak aku yang terlalu banyak berfikir sebab rindukan emak atau sebenarnya ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan pada aku. Aku sendiri tak pasti. Harap-harap tak ada apa yang buruk semoga semua diiringi perkara yang baik.
Lepas cerita pasal emak. Aku nak cakap balik pasal kerja ni. Sekarang kerja tak boleh nak memilih sangat. Aku sekarang tengah belajar nanti dah habis belajar aku pun tak boleh nak memilih sangat. Ada la orang cakap,
"Ala..kita belajar tinggi takkan orang nak bayar gaji kita cikai-cikai je. Bayar la standard dengan kelulusan kita. Kalau gaji sikit aku rela tak kerja." Aku teringat waktu aku kecil. Aku tanya ayah kenapa orang yang kerja teruk macam tukang sapu sampah. tukang angkut sampah dengan tukang cuci jamban tu gaji sikit sedangkan orang kerja pejabat tu gaji besar tapi kerja tak teruk mana pun. Ayah aku cakap sebab diorang belajar tinggi masa belajar keluar banyak duit jadi bila kerja dapat gaji besar. Bila fikir balik adil ke? Sampah kita yang kita buang hari-hari tu orang lain uruskan tapi gaji dia sikit. Kalau orang macam ni tak ada boleh ke kita hidup selesa dan dalam keadaaan bersih?
Aku ingat lagi ayah aku cerita masa dia kerja dulu. Bertahun-tahun kerja kerani masa ada peluang nak naik pangkat orang lain yang dapat. Hal tu tak ada masalah sangat. Apa yang buat jadi masalah tu orang yang naik pangkat jadi ketua kerani tu langsung tak tahu nak buat kerja dia walaupun dia tu ada kelulusan. Siap boleh tanya ayah aku apa kerja dia patut buat. Ada kelulusan tak bermakna orang tu bagus dan tahu buat kerja dia. Jangan terlalu bangga dengan kelulusan yang kita ada sekarang ni. Benda tu hanya satu pengiktirafan yang menyatakan kita dah tamat belajar sesuatu bidang. Ada jugak orang yang tak sekolah tak masuk universiti tapi tahu juga ilmu yang kita belajar sampai kita keluar duit ribu-ribu tu. Ilmu ada di mana-mana bukan di tempat tertentu sahaja. Ilmu tu boleh jadi ada pada pokok, tanah, air, udara atau di mana-mana sahaja tapi hanya akal manusia yang perlu fahami konsep ilmu yang sebenarnya. Jangan bangga sangat dengan ijazah kita tu. Cuba ingat balik masa kita belajar dulu sungguh-sungguh ke kita belajar? Ataupun masa final exam je kita usaha sendiri. Masa kuiz dengan test kita bawa masuk buku, kita kongsi jawapan dengan kawan. Masa buat tugasan lagi jangan cakap la. Kerja copy paste tu memang dah biasa sangat student buat. Jadi bermaknakah segulung ijazah yang kita dapat tu?????
Aku cakap ni pun sebagai peringatan pada diri aku. Mudah-mudahan aku tak buat macam tu. Banyak lagi nak cakap tapi aku pun dah mengantuk. InsyaAllah aku sambung lagi topik ni dalam post yang akan datang..

Wassalam