Jumaat, 27 April 2012

Dari Siti Untuk Emak


Emak
Siti selalu menulis
Selalu buat sajak
Suka cipta madah
Tapi belum satu pun yang dibuat itu untuk Emak
Hari ini
Siti buat satu untuk Emak
Bukan tak sayang
Bukan tak ingat
Tapi
Siti tahu emak selalu faham isi hati anak-anak
Kalau kami ada masalah
Walau kami tak luah 
 Emak pasti dapat rasa
Walau duduknya anak-anak jauh dari mata
Namun
Di hati tak pernah jauh kan

Emak
Ada masa Siti buat sesuatu tak bagi tahu
Atau
Mungkin tak terus terang perkara yang benar
Tak ada niat nak tipu Emak
Tapi sebenarnya
Tak nak Emak risau 
Tak nak Emak sedih
Namun 
Tetap hal itu melukakan Emak
Sebab 
Emak rasa seperti dipinggirkan
Demi Allah
Tak terlintas nak buat Emak rasa sakit

Emak
Berhentilah berasa risau
Kerana anak yang namanya Solehah ini dah besar
Didikan yang Emak beri cukup sempurna
Kalau Siti degil dan tak dengar kata
Bukan salah Emak
Tapi salah Siti yang tak mengikut
Macam Emak selalu cakap
Benda tak elok tak perlu diajar sebab mudah diikut
Tapi
Kalau hal yang elok kena dididik dengan baik
Kerana
Buat baik ini banyak cabarannya.
Ada satu saat 
Siti tak mahu Emak lihat Siti
Saat Siti jatuh
Saat Siti patah hati
Saat Siti gagal penuhi hajat Emak
Sebab
Saat itu 
Hanya buat Siti rasa seperti anak yang kecundang

Emak
Kalau hati Mak gundah bila kenangkan anak-anak
Berdoalah
Allah itu Maha Mendengar
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Doa Emaklah pelindung kami di dunia dan akhirat.

Maaf Emak
Kata-kata ini tak cukup puitis
Tak layak digelar pujangga
Tapi 
Pastinya semua ini untuk Emak
Ikhlas dari hati seorang anak
Solehah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan