Ahad, 18 Mac 2012

Resepi Rahsia

Assalamualaikum semua.
Semoga semua dalam keadaan yang sihat dan berkemampuan melaksanakan semua tanggungjawab. Aku ketika ini masih lagi bertarung dengan demam, batuk dan selsema. Rasa lebih lega dari semalam cuma selsema yang sedang aku hadapi kini buat aku sedikit letih tambahan pula dengan bekalan ubat yang aku dapat daripada doktor membuatkan aku mengantuk. Nampak sangat aku sebenarnya perlu rehat yang elok. Tidur lepas makan ubat memang lena la kawan. Apa pun dah tak ingat. Tidur dengan penuh perasaan je. Hahaha..malam tadi tengah dengar lagu aku boleh terlelap dengan headphone terselit dekat telinga aku masih feeling melelapkan mata. Layan je la. Nak buat macam mana lagi memang ubat tu kuat kesannya ke atas aku.

Cukup cerita aku layan ubat. Aku nak cerita pasal selera makan aku yang agak merepek kebelakangan ini. Aku nak makan makanan yang boleh dikategorikan sebagai bukan-bukan sebab makanan yang aku nak tu buka makanan ruji masyarakat Malaysia. Hampir sebulan ini aku mengidam nak makan spagheti bolognaise. Lepas tu aku nak sangat makan kek kat sebuah restoran yang boleh tahan la harga makanannya dari biasa (lebur jugak la untuk belanja makan seminggu). Tak sedar diri duit bergantung dengan pinjaman je tapi taste kalah orang kerja RM5 k. Jawabnya puasa sebulan la aku. Walaupun tajuk entri aku ada kaitan dengan resepi tapi aku bukan nak kongsi resepi rahsia dengan korang ye. Baca sampai habis kalau nak faham ye. Hihihi..





Inilah restorannya. Melampau tak aku?
(sumber: google)
Selera aku ini mula-mula tu aku tak layan sangat tapi bila aku kena demam memang permintaan gila aku tak boleh dibiarkan lagi. Aku bersama si Kecik penghasut terhebat (selepas aku ok) (pergilah mengikut arahan consultant tak bergaji (nafsu-nafsi ler tu) untuk pergi melantak kat kedai makan ini.

Harga boleh tahan la standard la tempat ada nama. Masakan kat restoran ni pun boleh tahan. Lokasi restoran yang kami pergi itu adalah di Bandar Kuala Terengganu. Kawasan Perniagaan Paya Keladi kalau tak silap aku. Alaa..depan Stesen bas MBKT je. Siapa yang duduk kat area sini tahu la. Mesti korang nak tau aku makan apa kan. Lets check it out!!! :)
With my Viatnamese Meat Noodle Soup

Aku minum HOT CHOCOLATE!
(Sebab demam kalau tak dah bantai ice blended)

Cheese Cuppucino Cake.

Bergaya tak aku?
Kot la boleh jadi DUTA SECRET RECEPIES!

Ala-ala MasreChef nak rasa
masakan peserta

Licin Pinggan. Hahaha..
(PELAHAP)


Muka bahagia dapat makan kek!


Itu je aku rasa. Korang jangan terliur lak. Tak ada niat nak buat korang teringin just want to share something memandangkan dunia aku dalam rumah ini hanya dengan laptop. Memang ini je la kerja aku. Eh! Korang perasan tak? Aku mengidam benda lain tapi endingnya aku makan benda lain kan. Hahaha...Aku memang ratu merepek termasuklah dalam pemakanan!

BON VOYAGE!!!

P/s: Kalau ada kemampuan tak salah nak merasa. Yang salahnya tak mampu tapi nak merasa gak kan boleh makan diri.

Sabtu, 17 Mac 2012

Marriage and Pregnancy

Assalamualaikum

Pa habaq semua? La ni aku tak berapa nak sihat la. Duk batuk-batuk dah dua hari. Si Kecik dah tak batuk ceq pulak batuk. Virus dah tersebaq la ni. Dalam tak sihat tu sempat juga la berjalan-jalan. Bukan jalan dekat-dekat tahu tapi sampai ke Kelantan. Kuala Krai lagi. Kampung Tualang nama tempat tersebut. Jalan jauh ini biasalah bukan saja-saja makan angin tapi pergi kenduri kahwin seorang rakan kelas kami. Sedap lauknya. Tapi malu lak nak tambah. Kihkihkih...

Masuk yang ini dah 5 orang yang memegang status berkahwin. Mula-mula sekali yang masuk-masuk belajar je dah jadi suami merangkap bapak orang adalah En.Khairi kemudian menyusur jalan yang sama Ummi, seterusnya Kak Tieha dah tu Kak Muni lak after that Kak Ma yang terbaru ni Kak Aini pulak.

Kau bila lagi Solehah??

Hah?? Aku???
Korang tanya aku ke??
Ermm..nanti dah sampai jodoh ada la.. *Tiba-tiba aku tersipu malu.
Hahaa...Solehah tahu malu rupanya. Baguslah cam tu yek...
Rasanya tak ada apa dah aku nak cerita. Aku tengah demam jadi penat nak fikir untuk ayat-ayat yang menarik dan tertarik. Layan gambar-gambar ni k.

Eh..jap..jap..
Ada satu lagi story aku tak habiskan kan..pasal pregnancy tu. Kihkih.. Kalau dah kahwin tentulah akan mengandungkan. Sahabat aku yang Ummi tu dah ada baby dalam perut dah 7 bulan kalau tak silap aku. Bulan 5 ni due. Hihihi...nak jadi mak cik dah aku. Perkhabaran terbaru, seorang lagi isteri orang yakni Kak Tieha juga dah ada isi dengar cerita gak dah 6 minggu. Alhamdulillah murah rezeki lagi lepas ini. Mudah-mudahan selamat semuanya dan berbahagialah semua pasangan ke akhir hayat bersama doa restu ibu bapa, sahabat handai dan rahmat dari Allah.

Ok, guys enjoy this picture!
Adios!!!
Belakang: Kak Aini dan suami
Depan (dari kanan): Solehah (aku la), Gee, Kecik (Afaf) dan Faezah

Jejaka tersenyum lebar baju merah tu namanya Dayat a.k.a Tajol

Ni lak pengantin baru dengan pengantin baru 4 bulan.
Kak Ma dan suaminya.

Credit: Gambar bersumber dari Facebook Faezah Azizan bukan Faezah Elai.. Kahkah!

P/s:Doakan giliran aku lak lepas ni :) Wassalam


Isnin, 5 Mac 2012

Cinta Semanis Coklat

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Harap sihat, bahagia dan ceria semuanya ye. Boleh tahan lama aku tak keluarkan cerita baru. Ini ada cerita baru. Cerita cinta dan coklat. Hahaha...ayat drama swasta lagi aku ni. Beberapa hari lepas aku baru balik dari Johor Bahru. Jalan-jalan jumpa kawan yang ada kat area-area sana. Apa yang penting jalan-jalan cari pasal aku kat sana ditanggung sepenuhnya. Miahaha..tak nak cerita panjang nanti ada yang cemburu. Tetapi apa yang lebih penting adalah seorang ni la untung sebab dapat mengikut.

Paling best pergi borong coklat. Lebih seronok bila tukang belanja cakap macam ini,
"Ambil je mana nak. Harga tak payah tengok. Bukan selalu pun belanja macam ni".
Gila kau tak seronok. Tapi sayangnya aku ni bukanlah penggemar coklat sangat. Coklat yang aku suka cuma brand Hershey's Kisses. Makanya masa beliau cakap macam tu aku hanya cari coklat tu terus. Tapi aku ambil pun tak banyak sangat. Beli juga untuk kawan-kawan kelas tapi salah budget lak berapa banyak sebab aku macam tak boleh fikir dengan betul berapa banyak aku nak ambil. Kalau banyak-banyak sangat nampak macam tamak+tak tahu malu sebab orang belanja. Lagi pun mood aku tak berapa elok masa tu dan aku pun tak teruja sangat orang belanja coklat.

Walaubagaimanapun, aku rasa lebih menghargai bila aku dah balik semula ke Terengganu. Orang tu ikhlas belanja. Aku ni pulak tak pandai nak mintak dan dia pun tak tahu apa yang aku suka. Kebiasaannya perempuan kan suka coklat, bunga dan teddy bear mungkin sebab tu dia bawak aku shopping coklat (tapi sayangnya aku bukan perempuan kebiasaan kalau tak, takkan aku pakai baju kurung dengan sport shoes). Sekarang ini aku rasa sayang pulak nak makan coklat tu. Alahai..tiba-tiba aku jiwang pulak. Kehkeh...Tak pe la. Nanti coklat tu aku makan tapi plastik dia aku simpan buat kenang-kenangan.

Berbalik kepada aku beli coklat untuk kawan-kawan. Bila balik rumah aku kira-kira la coklat tu. Sekali tu tak cukup, maka aku buka sepeket coklat Hershey's Nugget (ini coklat aku sebenarnya tapi aku buka untuk agihkan pada kawan-kawan supaya semua dapat). Masa agih-agihkan dalam kelas aku tulis note dah. Macam ni bunyinya,
Inilah balang coklat tersebut
bersama nota.
"Seorang ambil satu. Sharing is caring"
 -Love- :)   

TAPI...TAPI...

Mungkin kerana coklat tu sedap sangat ada juga yang ambil lebih padahal aku dah cakap ambil satu sorang biar semua merasa. Siapa yang nak lebih mintak kemudian aku akan bagi yang lain.

TAPI...TAPI LAGI...

Member aku ni memang tak makan saman. Beliau ambil juga lebih sambil buat muka comel depan aku. Hai..takpe la. Dihalalkan sudah coklat tersebut. Dah orang tu nak sangat kalau kita tak bagi nanti kempunan pulak. Aku juga yang rasa bersalah nanti.

Disebabkan oleh ada orang yang ambil lebih, maka ada lagi yang belum dapat merasa coklat tersebut. Bagi mengatasi masalah tersebut aku bersama Si Kecik Afaf dan housemate baru kami merangkap classmate kami iaitu Kak Tieha pergi la GIANT untuk cari coklat yang sama. 

Fuhhh!!!
Inilah coklat-coklatnya
(tiba-tiba ada iklan laptop ACER lak)
Nasib baik ada coklat yang sama kat situ. Lega hati aku. Boleh la bagi orang yang tak dapat lagi coklat merasa sama. Esok atau lusa aku nak bagi kepada kawan-kawan yang belum dapat lagi tapi diorang akan dapat extra sebab delay delivery. Hihihi...

Rasanya itu je la cerita aku kali ini. Mata pun mengantuk dah. Kena masuk tidur. Esok nak kuliah pula. Selamat malam sahabat semua.

P/s: Sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian ikhlas orang kepada kita. :)