Selasa, 11 Oktober 2011

Ini Cerita Ayah Aku

Assalamualaikum.


Aku bengang ok
Aku dah taip punye panjang tapi boleh terpadam semua sekali sebab aku dah tertekan entah button apa. Dan malang sekali boleh lak terus autosaved bila dah terpadam tu.
Stress kot...


Lupakan hal tu. Aku nak cerita jugak. Cerita hal ayah aku dengan bola sepak.
Ayah aku minat sukan. Antaranya bola sepak dan badminton. Kalau cerita hal bola ayah kira expert jugak la. Tak kira tempatan atau antarabangsa. Boleh tahan la knowledge beliau. Keaktifan ayah aku dengan sukan sangat menyerlah apabila beliau aktif melatih pasukan bola sepak sekolah dan juga menjalani latihan badminton lebih kurang 3 kali seminggu (sangat memalukan, aku baru umur 22 tahun nak pergi jogging sebulan sekali pun berat padahal ayah aku dah 56 tahun).
Ayah mula terlibat dalam melatih pasukan bola sepak sekolah ketika aku di bangku sekolah menengah. Ayah terlibat secara tak langsung atas beberapa faktor seperti terlibat dalam PIBG sekolah, adik aku adalah pemain dalam pasukan bola sepak sekolah dan ayah aku kenal baik dengan guru yang menyelia pasukan bola sepak. Ayah dikenali dalam kalangan guru-guru sekolah kerana kesemua adik beradik aku sebanyak 7 daripada 8 orang belajar di situ. Jadi tu tendang tolak masa yang ada, lebih 10 tahun ayah bersama sekolah itu secara sedar tak sedar. Ayah bersama pasukan bola sepak sekolah menengah aku tu ada la dalam 3 hingga 4 tahun juga. Sekarang ayah dah tukar team (perghh...Pak Din..macam coach professional). Ayah dengan SUTAS Soccer (pasukan bola sepak SMK Sungai Kertas) sekarang ini. Hal ini sebab ayah ikut Cikgu Suhaimi yang berpindah ke sana.
Cikgu Suhaimi adalah coach sekolah lama aku. Beliau ini kami dah anggap macam saudara sendiri. Memang baiklah dengan kami.


Aku, Ayah, Bola dan Anak-anak lelaki.
Kami memang layan bola. Kalau sumpah seranah player yang main macam haprak pun kami buat sama-sama (jangan tiru perbuatan ini tak baik ok). Aku bagi contoh kami tengok pasukan kebangsaan lawan dengan pasukan negara lain. Jarang kami kata team Malaysia akan menang sebab dah selalu sangat kalah (ramai peminat bola negara yang punya persepsi macam kami kot).
TAPI...
Kalah atau menang bukan la masalah utama di sini. Yang menjadikan kami hot lebih dari biasa adalah corak permainan yang dipamerkan. Tak kelihatan wajah-wajah kesungguhan. Tak nampak mereka seolah-olah menggalas nama MALAYSIA dibahu mereka. Aku akan tabik mereka kalau kena belasah 10-0 sekalipun jika permainan mereka mantap, kemas dan penuh usaha sehingga wisel penamat ditiup. Ini main macam nak tak nak je. Mesti la peminat kecewa kan. Kalau kalah pun biar bermaruah. Macam orang pergi perang biar mati sebab melawan musuh bukan mati sebab pergi serah diri kat musuh. Bak kata aku selalu KALAU KALAH PUN BIAR BERGAYA. Bukan nak kutuk pasukan negara cuma aku rasa sangat kecewa dengan mutu permainan yang di pamerkan.


Apa yang aku nak cerita sekarang ni ialah mengenai dua pasukan bola yang pernah dilatih oleh ayah dan sedang dilatih oleh ayah.
Aku mulakan dengan pasukan pertama ayah, pasukan sekolah lama aku. Mereka berbakat dan punya skill yang baik. Sayangnya mereka ini selalu nak jadi hero. Dalam otak asyik fikir nak masukkan gol dan bukannya mengatur perlawanan yang cermat dan saling membantu antara satu sama lain. Baru main peringkat sekolah kot tapi perangai dah kekwat. Jangan masuk cerita yang melawan coach, yang tak datang latihan dan perangai-perangai lain yang menyakitkan hati. Selalu aku dengar ayah mengeluh. Orang tua...bila nampak gelagat macam tu mana tak sedih. Dia anggap macam anak-anak dia sendiri. Ayah berhempas pulas untuk budak-budak ini. Kadang-kadang aku rasa ayah lebih utamakan diorang dari aku. Ayah lagi pentingkan pergi latih budak-budak bola dari hantar aku pergi exam Medsi untuk kelayakan temuduga bagi sambung belajar dalam ijazah pendidikan (tapi diorang datang latihan lambat, rasa macam nak tampar je). Kalau la aku boleh cakap kat diorang betapa orang lain berusaha untuk diorang berjaya supaya diorang sedar. Tapi bila aku fikir balik mampu ke budak-budak ini nak faham erti pengorbanan seorang lelaki yang tak punya pertalian darah dengan mereka. Demi kejayaan mereka dalam dunia sukan ayah berusaha macam-macam dengan Cikgu Suhaimi tapi hanya seorang dua yang nak dengar kata. Aku rasa macam nak tampar pun ada budak-budak ini tapi memandangkan mereka bukan adik aku maka aku pun pendamkan hasrat gila aku tu. Aku bukan sekadar dengar keluh-kesah ayah tapi aku sendiri pergi tengok permainan mereka di padang dan tengok disiplin mereka di luar padang (aku kan penolong ketua pengawas dulu..hihi..) Geleng kepala beb aku cakap.
Antara pelajar yang selalu terlibat dengan masalah disiplin adalah budak-budak bola sepak. Menyakitkan hati.
Ada juga yang baik. Memang baik. Dengar kata dan hormat orang. Kalau jumpa aku kat luar sekolah pun mesti tegur atau paling kurang menunduk hormat. Aku tak minta penghormatan mereka, begitu juga ayah dan Cikgu Suhaimi. Kami sekadar nak mereka ni sedar dengan realiti hidup ini untuk sentiasa berbuat baik tak kira siapa dan di mana. Hidup kena ada disiplin. Hidup kena berusaha. Hidup kena mendengar nasihat.

Cukup untuk sekolah lama.

Beralih kepada SUTAS SOCCER

Aku tak pernah tengok perlawanan mereka dan aku tak pernah jumpa mereka. Aku hanya dengar cerita ayah. Pujian demi pujian. Itu yang selalu ayah tuturkan dari mulutnya. Ayah nampak bahagia dengan penghijrahan ini.
Satu hari aku nak jumpa budak-budak ini.
Dan satu hari itu tiba.
Bukan di padang bola tetapi di Restoran KFC Jejantas Sungai Buloh. Semuanya berkepala botak dan memakai t-shirt putih.

Amboi...berdisiplin gila budak-budak ni. Teringat ayah aku berbisik, “Tengok Ti, botak semua, baju semua putih. Ikut tu pesan Cikgu Suhaimi. Kalau budak yang dulu tu tak ada la nak nampak macam ni”.

Memang taat la. Tak pernah aku jumpa budak yang taat macam tu. Cikgu suruh duduk diorang duduk. Tak ada pun yang berkeliaran tak tentu hala macam budak-budak lepak. Aku tengok pun terpegun. Mudah-mudahan berterusan ye adik-adik.

Ayah cakap, mereka ni semangat tinggi nak main bola tapi support tak kuat. Baik sokongan dari dalam sekolah mahupun luar. Sedih lagi, padang sekolah mereka yang kurang sesuai untuk aktiviti latihan dan permainan bola sepak. Semua itu bukan penghalang. Mereka tetap berusaha. Apa yang lebih menarik adalah tiap-tiap kali latihan mahupun perlawanan, budak-budak ini diarahkan untuk bawa sebotol air, kain pelekat dan juga t-shirt. Hal ini untuk memastikan anak-anak ini tidak meninggalkan kewajipan 5 waktu. Air dalam botol untuk berwudhuk. Kain pelekat dan t-shirt bersih untuk dipakai semasa menunaikan solat. Kala latihan berlangsung dan kedengaran azan berkumandang mereka akan berhenti bermain dan bersiap untuk solat di atas padang. Sangat-sangat membanggakan. Alhamdulillah...

Pencapaian yang mereka capai setakat ini...

Perlawanan bola sepak MSSD Gombak kalau tak silap aku sampai peringkat kedua. Satu pencapaian yang baik bagi sebuah pasukan yang baru meningkat naik. Beberapa bulan lepas mereka terpilih menyertai Perlawanan Bola Sepak Olimpik Muda dan mereka jadi Johan peringkat Daerah Gombak. Membanggakan. Ayah sangat teruja bercerita kepada aku apabila aku pulang ke rumah untuk cuti panjang. Walaupun sebelum itu ada cakap-cakap belakang kata pasukan ini takkan mampu pergi jauh tapi mereka dah buktikan yang sebaliknya. Aku nasihatkan orang yang mulut macam longkang sebelum ini gunalah Listerine untuk kesegaran nafas berpanjangan ye. Tak lama lagi diorang akan ada perlawanan Olimpik Muda peringkat negeri. Harap-harap dapat keputusan yang baik juga.

Kalah dan menang adat perlawanan. Apa yang penting kita tak putus asa dan terus berusaha untuk mendapat kejayaan yang sebenar. Berjuang bukan hanya di padang bola tapi dalam hidup ini, dalam pelajaran, dalam pekerjaan, dalam keluarga dan dalam semua hal.

Penat rasanya menaip. Idea pun dah kering.

Akan bersambung pada sepak mula yang baru :)

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan