Selasa, 4 Oktober 2011

Persoalan-persoalan

Assalamualaikum.

Hari ini aku hanya akan membawa persoalan-persoalan yang bermain dalam hati dan pemikiran aku.

Soalan...Hanya soalan..

TIADA JAWAPAN

Kalau kalian nakkan jawapan maka kalian perlulah berfikir sendiri.
Fikir..fikir..fikir...
Macam yang selalu Jimmy Neutron cakap bila dia nak perah otak masa nak selesaikan masalahnya.
APA???
Anda tidak layan kartun The Adventures of Jimmy Neutron.
Tontonlah kawan-kawan. Usia yang meningkat bukanlah penghalang kita tengok kartun ok. Macam ada satu makhluk yang aku kenal ni. Usia dah 25 tahun tapi duk la tengok kartun sampai sanggup gaduh-gaduh dengan orang lain semata-mata nak layan cerita Spongebob Squarepants dan Fairly Odd Parents (merujuk kepada Kak Utih aku yang usia je naik tapi badan macam budak darjah 6). Itu tak tengok lagi abang kepada makhluk yang aku cakap tadi. Umur dah 32 tahun. Tak lama lagi nak jadi laki orang dah. Kalau pasal kartun dengan game memang dia gila.
Hai..macam-macam ragam kan.
TAPI apa kaitan mereka dalam persoalan yang aku nak utarakan???
MEMANG TAK ADA KENA-MENGENA. Hanya sekadar selingan untuk menjadikan cerita kali ini lebih panjang macam selalu. Hahahaha....

OK..Kita beranjak kepada persoalan yang menusuk-nusuk benak aku dari 3 hari yang lepas lagi.
  1. Perempuan jenis apakah yang baru 3 hari kenal seorang lelaki tetapi dia sudah berani mengajak lelaki tersebut untuk keluar berdua dengan dia?
  2. Perempuan jenis apakah yang baru kenal seorang lelaki dalam tempoh 3 hari, sudah berani bagi pendapat yang sangat peribadi iaitu menyuruh lelaki itu menukar stail agar nampak lebih smart+handsome? (lagi best suruh lelaki tu kuruskan badan sambil dia mencubit-cubit perut lelaki tu yang boroi..bangang betul buat aku sakit hati je)
  3. Apakah tafsiran yang layak kita bagi kepada perempuan yang kali pertama keluar dengan seorang lelaki tetapi dah berani pegang tangan lelaki itu, lentok kepala kat bahu lelaki itu (dan berkemungkinan lain-lain perbuatan yang tidak aku ketahui)?
  4. Apakah berbaloi untuk terus bertahan dengan seorang lelaki yang tidak mampu menolak ajakan seorang perempuan yang terang-terangan depan matanya bukan perempuan yang dia ingin keluar bersama?
  5. Adakah perlu seorang perempuan berjuang untuk seorang lelaki yang dia kasihi dan mempertahankan lelaki itu dari godaan perempuan lain sedangkan lelaki itu tidak nampak kesungguhannya untuk menolak anasir-anasir luar?
  6. Adakah aku seorang yang bodoh sekiranya hanya aku yang bersungguh-sungguh berusaha supaya perhubungan yang dibina menuju ke gerbang pernikahan yang Allah rahmati sedangkan sebelah pihak hanya menyerah kepada takdir tanpa ikhtiar yang sebenar?
  7. Lelaki jenis apa yang patut kita namakan jika dia tidak berjuang untuk mendapatkan bidadari yang dia cinta selama bertahun-tahun berhubungan?
  8. PERSOALAN TERAKHIR.. MANUSIA JENIS APAKAH YANG TIDAK TEGAS MENOLAK SESUATU YANG TERNYATA SALAH DAN HARAM SERTA TIADA KESUNGGUHAN DALAM BERJUANG MENDAPATKAN PERKARA-PERKARA YANG LAYAK UNTUK DIRINYA????
Cukuplah kot persoalan-persoalan yang bermain dalam otak aku saat ini. Sekarang aku nak bersiap untuk ke kuliah dan habis kuliah aku akan keluar beli tiket bas untuk balik Kuala Lumpur. Alangkah bagusnya kalau orang yang terlibat dalam persoalan ini baca artikel ini lagi menusuk kalbukan. Tapi nak buat macam mana selama ni orang yang aku anggap jadi tulang belakang aku tak pernah nak bagi sokongan dengan apa yang aku minat dan cinta.
HUrm...sudahlah jangan mengeluh dengan apa yang Allah dah kurniakan. Hidup ini masih banyak keindahan yang Allah cipta.

Oleh itu..
SENYUM..
TAK PERLU KATA APA-APA :)

WASSALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan