Ahad, 9 Oktober 2011

Terjumpa Pulak

Assalamualaikum

Aku sebenarnya dah lama nak cerita tapi masa agak terhad kerana aku terpaksa menghadiri beberapa aktiviti kampus sehingga aku agak malas atau tidak rajin untuk menaip di blog ini.
Macam biasa selalu sangat perkara yang sama berulang-ulang terjadi dan menimpa ke atas diri aku. Kiranya aku ni bodoh la kot sebab asyik terhumban dalam lubang yang sama. Aku tak tahu la nak takrifkan perkara ini sebagai jodoh, suratan atau ketentuan atau kebetulan atau yang sewaktu dengannya.
Tak terfikir dan jauh sekali la nak menyangka yang hal ini akan terjadi.

HAL APA SOLEHAH??
Sabar la. Korang ni kalau hal orang laju je nak tahu kan. Aku nak cerita la ni tapi bagi aku habiskan dulu mukadimah cerita aku ni. Cool ok.

Dah lama...
Dah lama kot aku tanam dia jauh dalam memori aku supaya aku tak selalu nak kenang-kenang dia. Tapi aku ni siapa? Cuma manusia lemah yang tak mampu nak buat apa-apa tanpa izin dariNya. Dia ni pernah aku ceritakan. Rasanya cerita tentang dia berkisar dalam tempoh masa setahun yang lalu dan selepas itu aku dah tak ada lagi topik yang perlu untuk dikaitkan dengan dirinya. Tapi aku pelik bila dia selalu muncul masa aku rasa aku perlukan seseorang yang boleh buat aku berasa sangat dihargai dan dikasihi manusia. Bila dia muncul saat-saat kritikal masa tu buat aku rasa aku sayang balik kat dia.

OH..TIDAK.. JANGAN CARI PENYAKIT LEHA!!!
OK...bertenang semua.
Aku takkan cari penyakit. Bila migrain menyerang pun aku rasa tak sanggup nak tanggung apatah lagi cari penyakit lain yang mampu merosakkan hati aku yang kian pulih dari rasa jengkel dengan seseorang.
Dia muncul tiba-tiba.
Sangat mengesankan momen itu
. Atau mungkin juga memalukan kerana situasi itu. Bila difikirkan balik, aku lebih sanggup jatuh di hadapan khalayak ramai daripada berada dalam situasi yang aku rasa sangat memalukan itu.


APA SEBENARNYA YANG DAH JADI NI???
Ye...apa sebenarnya yang dah terjadi ini?
Hurm...yang mana satu dulu aku nak cerita ye? Aku nak cakap siapa atau apa yang dah jadi?
Rasanya lebih elok cerita tentang siapa dulu kan. Orang yang terlibat dalam kisah ini aku gelarkan sebagai 'ORANG GILA' (OG) [boleh rujuk post ORANG GILAKU]. Kejadian yang berlaku pula adalah aku ternampak dia (sebenarnya dia yang nampak aku dulu) masa aku makan tengah hari di Stesen Bas MBKT di Kuala Terengganu. Hari itu adalah hari yang indah sebab aku akan pulang ke Kuala Lumpur. Tapi saat indah itu bertukar menjadi antara saat memalukan apabila aku direnung oleh seorang jejaka yang sedang tersenyum bahagia (memang patut dia bahagia kot dah setahun aku tak jumpa dia) sambil buat muka miang tahap GABAN depan mata aku. Aku pun tak tahu la macam mana mata aku pun masa tu melilau-lialu tengok orang sekeliling sedangkan masa tu aku tengah rancak bercerita dengan kawan-kawan aku. Masa mata aku bertembung dengan dia memang aku malu gila sebab masa tu aku sedang melakukan sesuatu yang sangat-sangat tidak menunjukkan sifat feminin seorang perempuan.
Masa tu kan kawan-kawan, aku tengah gigit-gigit tulang ayam yang baru je aku ratah isinya sebagai sajian makan tengah hari aku. Malu kan..malu kan.
Tapi satu la...mamat tu nampak comel lak renung aku macam tu sambil tersenyum. Waa..rasa macam angau pulak (stop it Solehah...focus!!!)
Buat aku tersenyum-senyum bila terkenang momen itu walaupun masa tu aku terpaksa menahan malu sambil memalingkan muka dari pandangan mata mamat tu.
Ceh!


Itu la ceritanya.
Tapi yang aku nak cakap kat sini. Aku sangat tidak tahan dengan dugaan yang satu ini. HARUS MEMILIH. Atau aku patut cakap WAJIB MEMILIH.
Huhuhu..payahnya bila berkaitan dengan urusan hati dan jiwa ni. (picit kepala, picit kepala..sudah pening woo)

Apa-apa pun aku nak fokus dengan pelajaran aku dulu. Selepas satu insiden, aku telah menukar impian aku untuk berkahwin muda kepada menjadi pendidik berjaya di usia muda. :) Sampai seru sampai jodoh akan bernikahlah aku. Walaupun ayah dah bagi greenlight kalau aku nak kahwin awal tapi aku rasa biarlah aku kejar semua impian aku dulu sebelum menoktahkan hidup bujang aku ini. Banyak yang aku nak kejar berlambak lagi yang aku nak capai. Pernikahan itu matlamat aku bergelumang dengan ilmu itu cita-cita aku.

Oleh itu, apakah nasihat yang paling sesuai untuk cerita kali ini.

??????

Hurmm..aku rasa nasihat yang sesuai kali ini adalah fokus dengan apa yang kita nak dan jangan mudah lalai bila datang gangguan yang tak terduga. Tak salah kalau sekali-sekala nak feeling-feeling tapi pastikan kita tak hanyut. Rasa-rasa macam dah ke laut tu, istighfar banyak-banyak dan ingat Allah serta kedua orang tua kita. Dalam hidup ini akan selalu datang perkara yang kita tak jangka tapi terimalah semuanya dengan hati yang terbuka.

Itu dulu buat masa ni.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan