Assalamualaikum
Saat ini aku sedang diuji. Diuji sekali lagi. Diuji untuk kesekian kalinya tanpa aku pasti berapa banyak masalah sudah aku tempuh untuk aku jadi kental seperti hari ini. Lahir di bandaraya Kuala Lumpur tidak menyebabkan aku bergelumang dengan kekotoran yang ada. Lahir di bandar metropolitan ini tidak menjadikan aku salah seorang penghuni neraka dunia yang manusia sendiri ciptakan.
JUJUR!!!
Aku sudah tidak larat lagi untuk terus-terusan mendengar sumpah seranah manusia-manusia yang tidak kenal bumi Kuala Lumpur
.
KALAU AKU PUNYA SUARA YANG GAH, AKAN AKU LAUNGKAN
"BAHAWASANYA LUMPUR-LUMPUR YANG BERSERAKAN DAN TERPALIT-PALIT DI BUMI KELAHIRAN AKU BUKAN HASIL TANGAN ANAK TUMPAH DARAH TETAPI MANUSIA-MANUSIA RAKUS YANG ENTAH MANA ASALNYA MEMBUAT ONAR DAN MENJADIKAN KUALA LUMPUR SEBAGAI NERAKA DUNIA".
Itu hanya luahan hati aku yang sangat sakit di atas satu insiden yang telah berlaku. Aku terpaksa saban hari menjamah kata-kata nista tentang bumi kelahiran aku.
Hina sangatkah?
Terlalu kotorkah?
Aku lahir di sini, membesar di sini dan aku tahu apa yang ada disini. Jika terlalu hina kenapa masih ramai yang terkinja-kinja mengejar Kuala Lumpur??
Mengapa???
Mengapa tak tinggalkan sahaja tanah kotor ini dan jejakkan kaki ke tanah yang lebih mulia.
KAWAN...
Manusia jika berjiwakan syaitan tak perlu jejak bumi KL tak perlu pergi neraka dunia. Di mana sahaja mampu dia membuat kerosakan. Berselindung di sebalik ilmu-ilmu Allah yang hanya dipelajari dan ditunjuk-tunjuk untuk mendapatkan rasa bangga dan angkuh.
UNTUK APA SAHABAT???
KAU LANTANG SEBUT KAU BELAJAR AGAMA TAPI PERLAKUAN KAU LEBIH TERUK DARI ORANG TAK BERAGAMA. MALAHAN KAU BERANI-BERANI MEMAKI ORANG YANG KURANG ILMU INI APABILA MENEGUR KESIALAN YANG KAU TUNJUKKAN SECARA TERANG-TERANGAN. KAU HUNUSKAN LIDAH TAJAM KAU DENGAN BERKATA:
'RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI ' KEPADA AKU.
NAH, WAHAI SETERU AKU SI JALANG YANG TIDAK LAGI PUNYA MUKA MALU!!!
AKU PALINGKAN SEMULA HUNUSANMU ITU..
'RUMAH SIAPA YANG SEDANG MENGHALAU DENGAN PENUH RASA BENCI DAN KUBUR SIAPA YANG SEDANG MEMANGGIL TIDAK SABAR UNTUK MENGAZAB?'
Luka hati ini hanya Allah yang maha ketahui. Kecewanya aku takkan mungkin aku ucapkan dengan kata-kata. Malunya aku pada Sang Pencipta kerana kelemahan aku yang tak mampu membantah kemungkaran yang wujud di depan mata. Hak-hak aku dan sahabat-sahabat aku diinjak-injak seolah-olah kami ini Si Pandir yang hanya terus sahaja mengikut rentak orang lain. Diinjak bukan oleh orang yang berbeza dengan aku tetapi seagama sebangsa denganku. Tingkahnya seolah-olah perlakuannya itu tidak salah.
Mungkin sahaja sahabat, membawa yang bukan muhrim ke dalam rumah bukan lagi satu masalah besar kepada kebanyakan daripada kita namun kebiasaan itu tidak bermakna sesuatu yang betul atau tidak salah jika dilakukan. Sedarlah hari ini berapa banyak kebiasaan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian terang-terangan menentang hukum Allah???
Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku. Entah berapa banyak kata carutan yang aku sebut hari ini kerana mengikut amarah yang gagal dibendung. Astaghfirullahala’zim..
Terasa canggung pula rasanya bila pulang ke rumah. Serba tak kena. Petang tadi terpaksa sahaja aku dan 2 lagi sahabat membawa diri apabila tetamu yang tak diundang bertandang dan dijemput masuk tanpa ada kata perbincangan mahupun persetujuan daripada kami.
Bukan main. Bergolek-golek atas sofa di ruang tamu seolah-olah sewa rumah yang kami duduki ini bapak dia yang tolong bayarkan. Kami pula yang mulanya tidak tahu mengenai hal kedatangan ‘tetamu’ (lelaki yang tidak kami kenali) hanya dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas yang menyuruh kami tidak pulang awal ke rumah pada sebelah petang tadi ketika cuaca di luar tidak menentu dan sangat membahayakan keselamatan. Apa cerita??? Kenapa begitu??? Siapa mereka nak memberi arahan sedemikian seolah-olah sewa rumah yang mereka bayar lebih tinggi dari kami.
GILA!!! SANGAT GILA...
Fikirlah kawan dengan masalah di kampus seperti yang pernah aku ceritakan dahulu dan ditambah dengan konflik di rumah, betapa tak tenangnya hati aku untuk belajar.
Kalian yang membaca ini aku pohon doakan kesejahteraan aku dan doakan agar aku terus sabar dengan dugaan ini. Cukup rasanya ini sahaja yang aku coretkan kerana jari-jemari aku juga sudah penat bercerita kekotoran yang manusia palitkan di bumi Allah ini.
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan