Sabtu, 7 April 2012

Agak-agak Emak Ayah Aku Bagi Tak???

Assalamualaikum.

Hope you guys just fine. Hari ini aku tak ada apa sangat nak cerita. Cuma apa yang aku harapkan buat masa ini tak tertunai lagi. Aku pun tak tahu bila masanya. Rasa sedih pun ada juga. Tapi apa yang aku boleh buat hanya bersabar dan berdoa supaya orang tu faham yang aku serius. Aku tak main-main. Susah ke nak faham padahal aku dah cakap terus-terang. Atau aku yang bodoh sebab nak tuggu juga? Entah la. Kalau fikir banyak pun hanya buat rugi air mata aku. Kenapa aku ni senang sangat nak menangis? kenapa mudah sangat aku ni terluka? Kenapa aku tak boleh nak tabah dengan semua yang aku lalui?

 Aku tak tahu la!!!
Persoalan...boleh tak kau berhenti dari datang dalam kepala otak aku??? Penat tahu tak asyik bermain dengan fikiran dan perasaan sendiri tapi jawapan tetap tak datang pada kita. Masalah problem betul aku.

Forget about it!
Jom layan angan-angan aku. Kadang-kadang seronok kau tau jadi sang pemimpi buat sementara waktu. Apa yang kita idamkan tu mungkin kita takkan pernah dapat tapi perkara itu indah. Indah untuk difikirkan dan boleh buat kita bahagia sekejap dan bila fikir semula boleh buat kita tersenyum. :)

Kalau aku kahwin nanti aku nak
beli cincin yang sepasang cam ni



Cute tak? Aku pergi google jap tadi saja nak tengok cincin yang jenis sepasang-sepasang macam ni. Aku rasa sweet sangat. Korang rasa sweet tak? Apa?? Tak rasa? Huh!!! Kalau tak rasa pergi makan gula-gula baru kau rasa sweet. Cuba la layan sikit emosi aku ni. Sampai hati tau!

Ok...ok! Next kita tengok something yang cool lak.

Sesuai untuk couple yang gila gadget

Hahaha...cool tak? Ala-ala usb gitu! Kalau bakal isteri korang kepala senget macam aku mungkin ok la. Kalau jenis girlgirl mungkin korang kena katuk dengan tumit kasut tinggi diorang.

Tapi kan bila agaknya nak dapat rasa orang sarung cincin untuk aku pas tu aku pun sarung cincin juga untuk dia. Alahai..berangan la kau Solehah!

Ok selain cincin aku juga terfikir kan tentang kek kahwin. Aku nak yang unik dan cool juga macam aku. Kihkihkih..setelah penat aku meng'google' gambar kek, ada dua yang aku berkenan sangat... Check it out!

Kek Buku


Kek yang melambangkan aku! Smart seh! Nampak intelektual. Kahkahkah!!! Masa aku cari-cari kek yang cool aku terfikir kalau ada kek bentuk buku memang best ar. Memang masuk dengan jiwa aku. Sekali ada juga kek macam yang aku harapkan. Hahaha..rupa-rupanya dalam dunia ni ada je orang yang akal dia sama gila macam aku. Kek seterusnya memang sesuai untuk pasangan yang berkenalan atau sering berhubungan menggunakan medium internet.

Agak-agak boleh online tak?
Wifi boleh kot sebab aku tak nampak broadband.
kihkih...

Tema lain yang sesuai dengan aku adalah kalau ada kek yang bentuk kasut sukan. Cun la kan sebab aku bercita-cita tema kenduri kahwin aku 'Semangat Kesukanan'. Haha...memang wajib mak ayah aku tak restu. Tak pernah dibuat orang. Manusia yang bergelar atlet pun tak pernah terfikir nak buat macam tu. Aku je yang memandai.

Kalaulah termakbul hajat aku, berkemungkinan macam inilah tetamu yang datang akan berpakaian.
Tetamu yang berpasangan
pakai baju sedondon


Budak-budak pakai baju rumah suka.

Lepas tu lagi best bila tetamu nak ambil gambar dengan pengantin kena buat gaya ala-ala macam ni...
 
Gaya team bola.
Hahaha....
MELAMPAU KOT!!!
Agak-agak korang mak ayah aku izinkan tak permintaan aku yang tahap boleh campak pergi Tajung Rambutan ni???

Selain cincin, kek dan pakaian aku terfikirkan pelamin. Backdrop pelamin aku bentuk gol bola sepak. Pastu kain yang selalu orang gantung kat pelamin tu kan kita tukar dengan bendera setiap negeri kat Malaysia. Karpet lak kita buat ala-ala macam padang rumput. Kerusi kita guna kerusi panjang macam tempat duduk player bola kat padang. Lagi lampu kita tukar dengan obor olimpik tu. Haha..ok tak?

Lagi masa kenduri mesti ada pasang lagu kan. Kita pasang la lagu yang berbentuk kesukanan macam lagu Fikirkan Boleh, Selamanya, Chumbawamba Fifa World Cup atau Standing In The Eyes. Smart tak idea aku?

Agak-agak emak ayah aku bagi tak?

P/s: Masa tengah taip ni Liga Super Selangor vs Terengganu. 6-1. Hahaha..berkat kot aku cakap pasal tema kahwin ni.

Wassalam.

Jumaat, 6 April 2012

Mampukah Aku?

Assalamualaikum...

Apa khabar sidang pembaca yang dirahmati Allah? Semoga semuanya dalam keadaan yang sihat dan sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan daripada Allah sama ada kurniaan yang menggembirakan mahupun yang mampu mencabar diri kita sebagai hambaNya.

Pagi ini alhamdulillah aku selamat pulang ke pangkuan keluarga sempena dengan cuti pertengahan semester yang baru sahaja bermula. Rasa bahagia sangat dapat menatap muka kedua ibubapa. Antara cara mudah memperoleh pahala dari Allah adalah dengan menatap muka orang tua kita dengan penuh belas dan kasih sayang. Kalau korang tenung mak ayah korang sebab geram diorang tak bagi korang DSLR pahala tak da ok murka Allah lagi tercatit dalam buku amalan kalian.

Pagi ini juga aku dikejutkan dengan khabar dari pakcik aku mengenai atuk aku yang semakin uzur. Atuk dah tak kuat untuk berdiri walaupun dengan berpaut pada palang atau barang-barang lain yang kukuh dan statik kedudukannya. Sebelum ini atuk masih mampu untuk menggunakan kerusi roda untuk bergerak sekitar lokasi dalam rumahnya namun kini atuk dah tak kuat lagi kakinya. Pagi tadi aku, Andak dan juga emak ke rumah atuk untuk lihat kondisinya. Atuk hendak ke tandas. Sedih aku lihat apabila pergerakannya terbatas. Hampir tidak mampu untuk menguruskan keperluan diri untuk beristinjak. Solusi sementara yang kami ada tika ini adalah dengan memakaikan atuk lampin pakai buang untuk orang dewasa.

Aku lihat bagaimana emak dengan tenang membantu mana yang terdaya. Aku berteka-teki dengan diri sendiri. Satu saat nanti mampukah aku jadi sebaik emak? Melakukan semua perkara tanpa omelan walau sedikit pun. Bolehkah aku melakukan semua kewajipan menguruskan emak dan ayah andai satu hari nanti mereka seuzur atuk atau mungkin lebih teruk daripada itu? Sedangkan sekarang ini ketika emak dan ayah masih sihat dan kuat bila disuruhnya aku buat sedikit kerja yang langsung tidak menjijikkan aku dah banyak complain. Belum dengan tabiat yang suka meminta upah kerja.

Entah la. Aku masih tidak punya jawapannya.

Wassalam.


P/s: Jika kamu membaca artikel ini dan buat hati kamu terdetik memikirkan perkara yang sama, please spread my word semoga jadi peringatan buat kita. Aku bukan seorang da'ie. Aku cuma seorang manusia yang sedar tentang kelemahan aku.

Here I Am

Here I am
Back to you
Mom and Dad
Here I am
Back to my hometown

Here I am
Surrounding by my siblings and my lovely cats

Here I am
Still on the earth that created by The Mighty Allah

Here I am
With my hijab
Still standing as a proud muslim
And InsyaAllah
Will become a great mukmin

Here I am
Still alive as Solehah
And
May Allah give me His guidance
So I can be the real
SOLEHAH!