Assalamualaikum...
Apa khabar sidang pembaca yang dirahmati Allah? Semoga semuanya dalam keadaan yang sihat dan sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan daripada Allah sama ada kurniaan yang menggembirakan mahupun yang mampu mencabar diri kita sebagai hambaNya.
Pagi ini alhamdulillah aku selamat pulang ke pangkuan keluarga sempena dengan cuti pertengahan semester yang baru sahaja bermula. Rasa bahagia sangat dapat menatap muka kedua ibubapa. Antara cara mudah memperoleh pahala dari Allah adalah dengan menatap muka orang tua kita dengan penuh belas dan kasih sayang. Kalau korang tenung mak ayah korang sebab geram diorang tak bagi korang DSLR pahala tak da ok murka Allah lagi tercatit dalam buku amalan kalian.
Pagi ini juga aku dikejutkan dengan khabar dari pakcik aku mengenai atuk aku yang semakin uzur. Atuk dah tak kuat untuk berdiri walaupun dengan berpaut pada palang atau barang-barang lain yang kukuh dan statik kedudukannya. Sebelum ini atuk masih mampu untuk menggunakan kerusi roda untuk bergerak sekitar lokasi dalam rumahnya namun kini atuk dah tak kuat lagi kakinya. Pagi tadi aku, Andak dan juga emak ke rumah atuk untuk lihat kondisinya. Atuk hendak ke tandas. Sedih aku lihat apabila pergerakannya terbatas. Hampir tidak mampu untuk menguruskan keperluan diri untuk beristinjak. Solusi sementara yang kami ada tika ini adalah dengan memakaikan atuk lampin pakai buang untuk orang dewasa.
Aku lihat bagaimana emak dengan tenang membantu mana yang terdaya. Aku berteka-teki dengan diri sendiri. Satu saat nanti mampukah aku jadi sebaik emak? Melakukan semua perkara tanpa omelan walau sedikit pun. Bolehkah aku melakukan semua kewajipan menguruskan emak dan ayah andai satu hari nanti mereka seuzur atuk atau mungkin lebih teruk daripada itu? Sedangkan sekarang ini ketika emak dan ayah masih sihat dan kuat bila disuruhnya aku buat sedikit kerja yang langsung tidak menjijikkan aku dah banyak complain. Belum dengan tabiat yang suka meminta upah kerja.
Entah la. Aku masih tidak punya jawapannya.
Wassalam.
P/s: Jika kamu membaca artikel ini dan buat hati kamu terdetik memikirkan perkara yang sama, please spread my word semoga jadi peringatan buat kita. Aku bukan seorang da'ie. Aku cuma seorang manusia yang sedar tentang kelemahan aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan