Sabtu, 1 Disember 2012

Bila Rajin Terlebih!

Assalamualaikum.

Cerita hari ini adalah cerita semalam. Wah..saya tiba-tiba jadi terlebih rajin. Setelah hampir 2 minggu hidup dalam kecelaruan, akhirnya saya menemui jalan kebenaran. Hahaha...

Terlalu sibuk dengan tugasan akademik seringkali menemukan saya dengan kegagalan menguruskan masa sebaik mungkin. Selalu saja kerja-kerja tertentu saya abaikan buat sementara waktu bagi memastikan tanggungjawab akademik saya dapat dilaksanakan dengan baik. Antara perkara yang terabai dan diabaikan ialah keperluan mencuci pakaian dan juga mengemas bilik.

Terus-terang saya bukanlah insan yang sangat cemerlang dalam kerja-kerja mengemas ini. Namun demikian saya juga tidak suka keadaan yang berselerak dan berserabut. Akibat dari kecelaruan hidup yang sementara tadi maka saya jadi tak kisah dengan situasi sekeliling bilik saya.

TERIMA KASIH KEPADA ROOM MATE!
Beliau sangat memahami saya dan tak pernah complain (setakat ini la).

Ada masa memang kita tak dapat nak siapkan sesuatu tugasan itu seperti kebiasaannya namun cuba didik diri untuk sentiasa cermat dengan masa. Semalam saya telah bertekad (teringat teknik nekad sesaat dalam Diari Mat Despatch) walau apa pun yang terjadi saya harus selesaikan kerja-kerja rutin saya sebelum ini seperti membasuh dan mengemas. Sepanjang pagi harinya saya berjaya melaksanakan kerja tersebut. Tambahan kawan sebilik telah balik ke rumah maka lebih mudah saya meng'over haul' bilik saya. Bilik saya agak luas tetapi tempat simpan barang pula tak cukup maka memang jelas kelihatan barang-barang saya agak bersepah dan tidak tersusun. Sabar je la kan. Walaupun saya ada rak buku sendiri dalam bilik namun buku saya pulak yang terlebih banyak maka tak muat nak letak semua kat rak buku itu. Sekali lagi, saya sabar saja. Duduk di asrama kena terima apa adanya maka saya bersabar la lagi. Oh, sangat tak sangka saya ini penyabar juga orangnya dalam urusan hidup. Alhamdulillah.

Mungkin saya ini kurang sabar bila melibatkan urusan dengan manusia sahaja. Hahahaha...

Maaf kerana penulisan saya hari ini kedengaran (bila anda baca kuat) atau kelihatan (melihat dan membaca dalam hati) agak skema ayam. Saya pun tak tahu kenapa tapi layankan saje la ye. :)

Banyak sangat sudah saya membebel hari ini. Mungkin juga terselit karutan (bukan carutan ye) seperti kebiasaan penulisan saya.

Jika mengemas dan mencuci itu kerja rutin saya maka ia tidak termasuk dalam klasifikasi terlebih rajin. Ada kerja lain yang saya telah buat sehingga menyebabkan ia termasuk dalam kategori terlebih rajin.

Almari kecik besi langsir pun jadi la!
Baju yang siap di'iron'
Gambar di atas (yang diambil menggunakan kamera 'Konon DSLR') adalah bukti kerajinan aku. Hahaha.. Tak ada keje aku nak buat, maka aku telah menseterika 6 pasang baju kurung siap dengan tudungnya sekali. Padahal kelas aku seminggu ada 4 hari je. Itu pun pada hari Ahad kelas 2 jam saje sebelah petang dan hari Rabu kelas 3 jam sahaja pada sebelah paginya. Maknanya akan ada sepasang baju yang aku akan pakai untuk 2 hari. Bilangan sebenar yang aku perlukan untuk seminggu kuliah hanyalah 3 pasang. Ini kira tuk 2 minggu punya persiapan ni. Maaf kerana terlalu banyak fakta nombor pada perenggan kali ini. Hehehehe....

Moral of the story hari ini ialah :
1. Kalau dah tak pandai sangat nak uruskan masa, sila selesaikan kerja ikut kepentingan lebih-lebih lagi bila kerja itu akan menyebabkan implikasi sosial kepada orang lain ok! (amboi terkeluar lak istilah sains sosial kan).
2. Bila kita banyak kerja kita akan stress maka ada masanya kita perlu distract kesibukan kita tu kepada perkara lain untuk merehatkan minda kita dari memikirkan kerja yang terlalu banyak. Macam aku dah sibuk sangat dengan belajar maka aku alih jap otak aku ni pikir benda lain. Baru lega.

Itu je tuk kali ni. Jap lagi aku story hal baru.

Wassalam.

p/s: next post lagi cerita rajin. hehehe

Khamis, 29 November 2012

Ada buat mcm ni???

Assalamualaikum.

Aku sekarang ini dalam usaha merajinkan diri update blog (exam dah dekat makcik lebih afdal kamu rajin buat ulangkaji..tibe2 hati kecil aku berkata2). Walau tak banyak cerita aku akan tetap bercerita namun tidak sesekali untuk mengada-adakan cerita. I tak kejar glamour ok! Sebab tu I ok je follower cume 12 orang (sentap mak nak!!!)

Tahniah kepada follower yang ke-12 iaitu Noor Suriyanti! Hadiah istimewa untuk awak ialah pelukan kasih sayang dari jauh.

Hahahaha! Merepek lagi.
Yeah!!!! Memang itulah kegemaran Solehah.

Solehah suka apa????

MEREPEK!!!!! PLUS KEREPEK KENTANG...mister potato..mister potatoo....
(huhu..bakpe ea mu hok sengal gini???)

Abaikan penyakit sawan yang menyerang secara tiba-tiba. Tolong perhatikan gambar di bawah.

Tengok..siap highlight lagi baca tau!

Ha..mesti tak caye kan. Kak Leha rajin ok!
Kita kalau membaca point-point penting tu memang patut sangat la kita tanda kan. Kita ni (ok..bukan kita tapi aku) memang tak ada makna la kan nak baca satu buku ulang 4-5 kali..untunglaaa!!!

Kalau kau tahap professor emeritus wajib la baca buku ulang-ulang kan. Ini tahap result STPM dulu sipi-sipi je bagi masuk U, sekali baca bagi khatam tu dah patut bersyukur ye! Kembali kepada jalan kebenaran, pentingnye kita tanda ni supaya mudah kita nak cari balik maklumat tu. Tak la terkial-kial ye. Lagi satu tak la penat nak menelaah buku tu. Kalau sebuah tak per la kalau dah berbuku-buku nak belek balik tak ke kes menganiaya diri sendiri. Ada yang rajin tu akan buat catitan pada kertas kuning yang boleh lekat-lekat tu kan tepek kat halaman yang tertentu. Ada juga jenis yang kelepet hujung-hujung muka surat buku atau guna penanda berglu yang kaler-kaler tu. Ikut suka la mana yang selesa. Ada lagi bijaksana bukan takat tepek-tepek kertas tapi dia siap buat catitan ringkas lagi kat muka tu. Kelas kau Jah! Kalau aku, memang tak ada la sebab aku tak suka comotkan buku yang aku beli. Kalau nota aku pun aku elak buat catitan tambahan kecuali sangat-sangat perlu. Tapi macam aku cakap tadi (ulang suara..testing..1..2..3..testing) ikut la keselesaan masing-masing kan.

Kenapa aku rasa macam tengah bagi tips-tips belajar ni???

Pelik sungguh...adakah mungkin kerana aku sedang memikirkan exam? Oh, tidak! Itu bukan Solehah... Jarang Solehah fikir hal exam...

Abaikan monolog di atas. Korang nk tau tak buku apa yang aku study sampai bertanda bagai tu. Rajin sangat la kan aku baca sampai macam tu sekali. Memang siapa yang kenal dengan aku tak sangka la aku rajin macam aku ni.Nak tahu buku apa? Sila lihat gambar di bawah!

Actually novel je dik non!

Waaaa...terujanya Kak Solehah rajin baca buku! Sungguh la aku nak rajin macam tu kan. Aku baca novel je kot. Even novel je dah tu novel remaja lak tu, pengisiannya sangat baik. Ada ayat-ayat yang lucu tapi membawa erti yang besar dan buat kita berfikir. Ayat-ayat tu ada aku kongsikan kat bahagian mutiara kata. Sila klik Mutiara Kata. Nanti korang akan jumpa la ye. Sekarang aku nak tanya korang-korang semua yang suka baca novel ni, ada buat macam ni??? Ada korang baca novel pastu siap buat highlight lagi??

Diam lak. Tak de la tu!!

p/s: sambil bercerita aku kongsi tips belajar. please take note!

Wassalam

Prinsip oh Prinsip!

Assalamualaikum.

Hari ni aku rasa macam rajin sikit nak menaip. Otak pun ada la jugak benda yang nak dikongsi bersama kan. Jumpa dan kenal orang baru banyak la benda kita dapat kongsi kan. Wah! Dah lama aku tak jumpa orang yang boleh berborak dengan aku berjam-jam lamanya. Borak hal-hal yang jauh dari perkaitan yang membebankan hidup sendiri. Berborak sambil bergurau pas tu boleh gaduh-gaduh lagi kan. Ada masa topik tu tak ada kaitan pun dengan kami dan kami pun tak payah sepatutnya bertekak pasal hal tu tapi kami buat juga perkara tersebut. Agak mengarut dan merepek tapi still ok je. Hahahaha....

Hari ni aku nak cerita. Just cerita ok. Ini pendapat aku. Pendapat korang mungkin lain. Tapi sayangngye setakat ni aku tak pernah dapat pendapat dari orang lain melalui penulisan aku ni. Orang baca tapi tak komen (jelas kedengaran aku kecik hati, sambil buat muka sedih)

Kita ni dalam hidup kebiasaanya mesti ada prinsip atau sesuatu perkara yang kita pegang. Sesetengah orang panggil kepantangan diorang. Kira kalau sesuatu tu berlaku atau ada orang buat perkara itu kepada dia memang nahas la. Mati hidup semula pun dia takkan terima perkara tu dan orang yang melakukan perkara itu.

Walaubagaimanapun tanpa sedar ada masanya sesuatu yang menjadi pegangan kita itu akan kita lepaskan perlahan-lahan apabila kita berjumpa dengan seseorang. Mungkin selama ini kita tidak suka dengan orang yang panas baran. Satu hari kita jumpa jenis orang yang kita tak suka tu tapi entah macam mana kita ada kekuatan untuk terus bersabar dengan orang tu. Baran orang tu datangnye meluap-luap tak berhenti tapi kita masih maintain cool aje. Why?? Why??? Aku sendiri tak tahu nak kata macam mana.

Mungkin aja kerana kita suka pada dia, atau dia punya daya tarikan lain yang mengikat untuk kita menerima dia atau juga kita sebenarnya semakin bijak dalam menerima orang sekeliling kita.

Hidup memang perlukan prinsip namun prinsip juga perlukan perubahan. Ada masa terlalu berpegang kepada prinsip boleh merosakkan kita kerana kita mungkin akan melepaskan sesuatu yang sangat baik dalam hidup kita. Prinsip ini juga bukan sesuatu yang perlu kita jaja. Cukup la kita seorang je yang tahu prinsip kita tu kalau orang lain dengar lain pulak jadinya. Lebih-lebih lagi kita ni memang bersikap ekstremis dengan sesuatu yang kita pegang tetapi nak diizinkan Allah kita sendiri yang melanggar prinsip tu.

Hah!
Amacam???

Masa tu mesti rasa agak malu-malu tambah segan dan berkemungkinan ada je yang amik tindakan drastik untuk terus keluar daerah akibat tidak sanggup menanggung malu diatas keterlanjuran diri yang satu ketika dulu berdegar-degar cakap tentang prinsip yang dipegang sepanjang hayatnya sebelum ini.

Pelunturan prinsip ini mungkin saja boleh berlaku dalam masa yang singkat tapi kita tak sedar atau sebenarnya tak nak mengaku sebab tak mahu orang tahu yang kita ni dah malu.

Sering dalam hidup ini kita tak tahu apa yang sepatutnya kita dapat dan kita perlu ada. Kita selalu kisahkan apa yang kita mahu dalam kehidupan seharian sehingga mengabaikan keperluan yang sebenarnya. Begitu juga konsep prinsip yang kita pegang dalam hidup ini. Atas sebab tertentu kita bina prinsip-prinsip yang kita rasa boleh memandu kita dalam membuat keputusan. Mungkin disebabkan pengalaman lampau atau cerita-cerita orang sekeliling maka wujud item-item tertentu dalam pegangan kita. Syarat-syarat yang tanpa sedar kita buat dalam diam untuk mencari teman atau orang yang kita boleh bergaul dalam hidup. Sedangkan kita tak cuba untuk mengalami situasi tersebut atau berhadapan dengan golongan yang selama ini kita bataskan pergaulan kita atau mungkin sahaja kita tak berusaha mencari penyelesaian terhadap sebab-musabab tembok-tembok pemisah itu kita bina dalam hidup.

Maka, bina dan patuhi la prinsip hidup yang kamu pegang itu seadanya. Jangan sampai satu tahap kamu terlalu taksub dengannya. Tetaplah berpegang pada tali Allah kerana Dia pemilik segala kebenaran dan kebaikan. Prinsio yang kita pegang hanya kita sahaja yang faham dan juga hanya relevan pada diri kita. Pada orang lain berkemungkinan perkara itu tidak masuk akal dan tidak boleh diterima pakai.

Waahhh!!!!!!! Tibe-tibe lak macam karangan motivasi. Motif ringkas aku adalah...

"Prinsip itu perlu dalam hidup bagi mendidik diri menjadi tegas dalam semua hal agar kita dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna lalu membuahkan hasil yang menakjubkan. Namun jangan biarkan prinsip mengaburi kita dalam membuat penilaian dan keputusan kerana ia mampu merosakkan diri. Peganglah prinsip itu seadanya dan jangan berlebihan sebab satu hari bila kita terpaksa lepaskan atau ubah sikit prinsip tu jadi fleksibel tak la kita malu kan...kan..kan.."

p/s: Jangan suka cakap berdegar pasal prinsip, cakap prinsip aku tak akan layan orang yang cepat marah tau2 kau dapat bini panas baran kan.. ahakss!

Wassalam.