Selasa, 29 November 2011

Pujaan Hati..Aku Terluka

Assalamualaikum

Macam biasa rindu dah nak cerita dengan kalian semua. Aku ni tengah buat tugasan dengan kawan-kawan aku ni. Kepala dah sikit pening. Mungkin sebab aku banyak ketawa atas satu insiden yang menimpa diri ini.

Sebelum tu aku nak cakap yang aku tak jadi pergi kem memanah yang dijangka berlangsung di Hot Spring sebab cuaca tak mengizinkan selain tempat tu dah naik air banjir. Aku mula-mula berat hati kot nak pergi lebih-lebih lagi tugasan berlambak-lambak yang aku kena siapkan. Tapi akhirnya aku kena la juga menjalankan kewajipan aku sebagai NAIB PRESIDEN KOR-MEMANAH (korang perasan tak ni apa yang cuba aku lakukan ni?) Huhuhu...

Mula-mula aku sangat tidak rela untuk pergi kem tu tapi akhirnya aku jadi sangat-sangat rela kot kerana seseorang...

Hahahaha...

Dalam bas masa bertolak tu tempat duduk dah penuh makanya terpaksa peserta lelaki berdiri. Sekali tu, pujaan hati aku tu leh lak berdiri berhadapan dengan aku. Waaahhh..bahagianya hidup. Masa dia toleh dan nampak aku dia toleh aku dua kali untuk meng'confirm'kan itu adalah aku. Dia senyum kat aku ok... Alahai bahagia sekali lagi. :) Kerana dia lah aku menjalani sepanjang hari kat kem tu dengan penuh semangat.
Huurrmm (tengah berfikir)...apa panggilan yang patut aku bagi kat dia?? Hurmmm...(sedang berfikir lagi)
Hah!!!
Aku dah tahu.
PUJAAN HATI..
Ya...Pujaan Hati. Itulah nama untuk dia.
Aku kenal Pujaan Hati masa terlibat dalam satu kem ni. Aku tertarik dengan dia sebab dia senyum sebijik macam Orang Gila aku. Aku sampai hari ini masih lagi terfikir adakah aku suka kepada dia kerana dirinya atau kerana bayangan seseorang pada dirinya. Masih keliru tapi yang pasti aku suka tengok dia senyum. Sebenarnya ada beberapa insiden lain yang buat aku berminat dengan si Pujaan Hati ini tapi biarlah rahsia (perghh....dah macam lagu Siti Nurhaliza kot) Apa-apa pun aku agak seronok masa kat kem sebab aku kena bertugas dan tak ada la tercongok je tengok orang. Aku tolong-tolong masak dan uruskan peserta yang ada. Sampai ada seorang jejaka ni duk panggil aku coach. Hahahaa..kelakar pun ada sebab lepas habis aktiviti explore race dia tanya aku, "Coach, tak nak rehat ke coach? Jap lagi ada sukan nanti coach penat." Macam -macam perangai la tapi semuanya baik-baik senang aku menjaganya.
Ok..nak masuk topik aku terluka pulak.
Aku tak tahu la nak kata sedih ke kelakar ke mengharukan ke tapi rasanya bercampur baur antara panik dan takut kot serta sedikit lawak. Alkisahnya tangan aku atau lebih tepat lagi pergelangan tangan aku terluka sebab tergesel dengan kaca cermin tingkap yang terpecah kerana tekanan yang kuat dari aku masa nak tutup tingkap tu. Agak ngeri sebab bukan luka sebab terhiris tetapi pergeselan itu menyebabkan sedikit isi atau daging kat pergelangan tangan aku tu terobek (inilah istilah yang sesuai kot) maka berdarahlah. Aku macam nak pitam dah. Maka kalutlah si kecil Afaf mencari kapas tisu dan minyak gamat. Mula-mula dia punya semangat nak tolong bubuh minyak. Alih-alih aku bubuh sendiri sebab dia tak sanggup nak tengok darah tu. Lepas dah lega sikit luka tu, aku pun call Saha bagi tahu apa yang jadi. Mula-mula dia risau dan suruh aku pergi hospital. Bila aku cakap sambil gelak-gelak terus hilang risau dia dan dia cakap jauh dari nyawa pun. Hahaha..kat mak ayah aku, aku tak bagi tahu sebab nanti diorang risau pulakkan.
End of the story, aku keluar dengan Afaf. Mula-mula nak pergi farmasi je nak cari iodin dengan kain kasa tapi dah pukul 10 malam. For sure, kedai tutup dah. Nasib baik ada klinik yang masih buka maka aku terus jumpa doktor la. Tak ada apa yang teruk pun. Doktor cuma cuci luka dan bubuh ubat serta tutup luka tu dengan kain kasa dan plaster serta bagi ubat untuk sapu pada luka. Doktor pesan aku jangan banyak guna tangan kanan sebab nanti pendarahan jadi balik tapi dah aku ni jenis pengguna tangan kanan yang tegar agak susah la aku nak elakkan pergerakan tangan kanan ni. Sekarang ni pun aku duk ligat menaip ni. Rasa pedih dah menyerang balik kat pergelangan tangan aku ini.
Rasanya itu la dulu untuk kali ini. Moral cerita ini tak ada kot. Saja nak kongsi ja. Selamat Malam semua.

Wassalam.

Sabtu, 19 November 2011

Menimang Kakak Ipar

Assalamualaikum.

Hampir sebulan dah aku tak menaip kat blog aku ni. Ok, hari ini aku bawa baldi, mop, penyapu, penyodok dan vakum untuk membersihkan sawang-sawang yang ada kat blog aku ni. Hahaha..macam biasa la aku merepek kan. Kalau aku tak cakap hal mengarut mesti ada masalah besar dalam hidup aku.
Aku sebenarnya tak tahu sangat nak tulis apa dalam artikel kali ini. Cuma aku rasa nak sangat menaip sebab tu aku gagahkan juga hati aku untuk menaip.

The latest and hot story from me is aku baru je 'menimang kakak ipar'.
Hahaha..
IMBA!!!
Aku menimang akak ipar (nak dapat anak buah tak tahu bila apatah lagi anak sendiri jadi aku 'timang' adik beradik ipar jela)

Maknanya tu aku dapat kakak ipar la. Abang aku baru saja selamat bergelar suami pada 12.11.2011 yang lepas. Kiranya masuk hari ini genap seminggu la abang aku bernikah. Kenduri kat belah keluarga aku akan berlangsung pada 3.12.2011 (Tak tahu lagi dapat balik ke tak sebab macam ada program je. Sedih dah aku ni). Sama dengan ulang tahun kelahiran Emak aku yang ke 59 tahun dan kakak aku yang aku panggil Kak Uda yang masuk usia 27 tahun. Macam-macam insiden la juga yang berlangsung sepanjang sebelum, semasa dan selepas majlis pernikahan abang aku tu. Tapi tak perlu diungkit sebab semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah...

Apa yang lagi best adalah aku jadi mak andam abang aku. Hasil sentuhan kreatif aku, abang aku merangkap superhero aku nampak lebih hensem dari biasa.

Hahahaha....

Berseri-seri muka dia setelah disental dengan pencuci muka, skrub, masker dan juga pelembap sepanjang sesi facial pada sebelah pagi sebelum masa nikahnya. Itulah kenangan hari-hari terakhir aku berkhidmat kepada abang aku sebelum dia bergelar seorang suami. Tak lupa juga aku pakaikan inai untuk abang aku. Dah jadi tukang inai dah aku ni. Dulu Kak Uda nikah pun aku jugak yang inaikan. Siap jadi pengapit kot aku.
Hahaha......budak tak comel ni boleh terpilih jadi pengapit. :)

Sob..sob..mata berair..(aku sedih ni).
Serius, aku tak tahu kenapa aku mudah terharu dan sedih bila perkara itu melibatkan abang kesayangan aku. Melihat dan mendengar dia melafazkan akad nikah yang mengiringi tanggungjawab berat yang bakal digalas di bahu abang, aku menitiskan air mata sambil mak aku pulak rasa sakit perut sebab nervous anak bujangnya merangkap anak sulongnya bakal melangkah ke alam baru. Aku bertambah sedih sebab arwah Angah tak berkesempatan untuk melihat momen indah tersebut (Al-Fatihah untuk Angah). Selain itu, Adik dan Kak Uda juga tak dapat bersama-sama dalam majlis itu kerana kekangan yang tak dapat dielakkan.

Walaubagaimanapun, abang aku tetap nampak hensem depan Tok Kadi selepas aku tepekkan BB Cream jenama Skin79 dari Korea (pergh..perlukah aku memaklumkan jenama dan asal BB Cream tersebut?) bersama bedak. Hahaha...bestnye tolong siapkan pengantin.

Ok, dialog penting masa selesai akad nikah. Kakak ipar aku salam tangan mak aku dan beliau cakap, macam ni la lebih kurang dialog dia dan emak.

Kakak Ipar : Hurm..sekarang dah boleh la panggil emak kan?
Emak : Memang tu la yang kau nak panggil dari dulu kan?

Hahaha..
Ganas tak mak aku menyambut menantu perempuannya yang sulong???
Kakak tu pun kelakar sama gila-gila macam family aku. Kira dari Ayah aku sampai adik aku yang bongsu memang sangat merestuilah pernikahan yang termetrai ini. Kalau kakak ipar aku baca ni korang rasa dia kembang tak??
Hihihi..gurau je.

Aku rasa ni je la dulu untuk kali ni. Hai.. tadi aku cakap tak tahu nak taip apa kan. Last-last bukan main banyak aku cerita pasal momen ini. Oh, ye. Lebih menarik adalah aku terus demam teruk lepas balik dari Sungai Besar yakni lokasi majlis nikah abang aku tu. Sepatutnya malam itu aku balik ke Kuala Terengganu tapi mak aku tak bagi sebab risau demam aku makin teruk (mana tak risau, aku tidur meracau-racau kot). Makanya aku pun tak balik dan pergi klinik ambil MC 2 hari. Tapi selera makan aku elok je sampai adik aku yang aku panggil Andak asyik cakap "Aik..kau makan lagi Achik?".
Hehehe..aku pun pelik. Mungkin aku lepas perasaan kot makan puas-puas sebab lepas ni kena balik kampus tak rasa dah air tangan mak aku.

Nampak macam dah nak habis je kan cerita ni. Tapi tak habis lagi.
Ini cerita kat dalam kelas aku pulak.
Hari Rabu belah malam aku masuk kelas Talaqqi sebab nak tasmik. Masa tunggu ustaz aku panggil aku dah gelabah kat belakang sebab ada surah-surah yang ustaz macam wajib tanya aku langsung tak hafal. Dengan batuk-batuk dan hidung yang berair aku dah menangis. Air mata meleleh sambil aku cakap, "Nak cakap dengan Saha. Nak dengar suara Saha".
Tak senonohkan aku masa tu (atau korang rasa aku cute? hahaha)
Kawan aku dah geleng-geleng. Mungkin aku tengah ting-tong sebab demam kot. Maka aku pun mula dengan perangai yang tak masuk akal. Masa aku termenung dan termangu-mangu dalam kelas melayan perasaan tiba-tiba ada seorang kawan lelaki ni tanya aku dah sihat ke. Masa tu aku tengah biol dan aku pun tak perasan yang dia sedang berkomunikasi dengan aku dan aku pun tak pasti masa tu dia tengah tanya aku ke. Masa tu aku buat muka blur sambil memandang kiri, kanan dan belakang aku sebelum aku pandang balik muka kawan tu sambil berkata, "Farhan cakap dengan saya ke?".
Bila aku ingat balik kelakar lak aku rasa. Aku boleh buat babak drama lak dalam kelas masa tu.

Hahahaha....
OK..serius cerita dah habis.
Moral of the story is..
1. Seronok dapat ahli baru dalam keluarga.
2. Majlis keramaian akan selalu mengeratkan hubungan kekeluargaan.
3. Masa kita demam dan sakit kemungkinan kita melakukan perkara di luar jangkaan adalah sangat besar.

Itu je la. Lain masa aku share lagi ok. Maybe cerita pasal aku pergi kem memanah minggu depan. Tak sabar nak pergi dan tak sabar nak cerita pada kalian.

See ya.
Wassalam.

Khamis, 27 Oktober 2011

Umairah


Assalamualaikum.

Rindu aku rasa nak menaip untuk berkongsi cerita dengan kalian (walau hakikatnya aku baru je lagu update post dua tiga hari lepas). Banyak perkara yang aku nak kongsi dan aku dah mula taip pun tapi entah apa yang tak kena pun aku tak tahu la kan. Aku asyik kekeringan idea untuk menyambung kisah itu. Mungkin satu hari nanti sahabat, aku akan kongsi cerita itu dengan kalian juga. Aku akan berusaha sebaiknya.
Post kali ini tajuknya Umairah. Maknanya kemerah-merahan. Gelaran yang Rasulullah s.a.w berikan kepada isteri baginda, Aisyah r.a. Aku bukan nak bercerita mengenai isteri Baginda. Sebaliknya aku nak cerita tentang diri aku sendiri.
Seorang teman lelaki aku (teman sahaja, teman yang rapat) memberikan gelaran ini pada aku. Bila aku tanya kenapa, dia cakap sebab Nabi panggil isteri dia dengan gelaran ini dan dia pun nak panggil orang yang dia sayang dengan panggilan yang Rasulullah saw guna. Dia nak jaga aku dan sayang aku sebagaimana Baginda menyayangi para isteri Baginda. Aku tersenyum bahagia. Romantik kan???Aku suka dengan panggilan yang dia berikan untuk aku.
Ahli keluarga dia (kakak dia, nenek dia, mak cik-mak cik dia selalu tanyakan aku,itulah perkara yang buat aku selalu rasa pedih) tanya apa nama aku dan dia cakap la nama aku Solehah. Semua pelik kenapa dari Solehah boleh jadi Umairah sebab sebutan itu sangat jauh bezanya atau bahasa mudahnya tak ada bersabit langsung. Dia cuma jawab itu panggilan manja dia untuk aku.
J senyum...
Aku senyum tanda bahagia.

Tapi rasa tu dah berakhir sebab diri aku sendiri. Oleh sebab kekejaman yang aku cipta demi kepentingan diri. Masa ini aku tak lagi tersenyum sebaliknya menangisi kobodohan yang aku tonjolkan di hadapan seorang manusia yang jujur dan ikhlas hatinya menerima diri aku. Kelemahan aku, keburukan aku, kebodohan aku dan kegilaan aku semuanya dia terima tanpa syarat.
Terima tanpa syarat.
Itulah perkara yang sering kita harapkan dari pasangan kita tapi bila aku dah dapat aku boleh pula ketepikan semua itu. Dia realistik. Tak macam aku selalu terawang-awang. Bak kata Saha kalau dia nak gambarkan aku dalam satu perkataan dia pilih perkataan ‘melayang’. Aku tanya kenapa? Dia jawab sebab aku ini selalu sangat atas angin, terbang ke sana ke mari. Cakap aku, perbuatan aku semuanya tak tetap dan sering saja berubah-ubah. Aku tak pandai memilih. Sehingga ke saat aku menaip kisah ini aku masih lagi seorang manusia yang tidak pandai memilih dan juga seorang manusia yang sebenarnya takut untuk membuat pilihan.
Aku kalau boleh mana je yang aku nak aku akan ambil dan simpan dulu. Bila aku dah buat keputusan baru aku ambil mana yang aku nak dan aku ketepikan mana yang aku tak nak. Kalau barang tak pe lagi. Tapi apa yang aku buat ini melibatkan hati dan perasaan orang lain. Aku rasa aku ni dah buat perkara yang betul la kononnya dengan bersikap jujur tentang diri aku padahal aku memberikan sesuatu janji yang aku sendiri tak pasti aku mampu tunaikan (bukan tak pasti tapi aku rasa memang aku tak mampu) . Aku bagi harapan pada orang lain yang aku pasti pengakhirannya aku akan musnahkan harapan orang itu. Aku pasti akan buat orang itu kecewa. Malahan aku sendiri menangis sedih dan melukakan hati aku sendiri kerana ketidakuapayaan aku memenuhi kebahagiaan orang lain.

Kawan,
Bila kalian baca kisah ini, maka kalian jadikanlah ia satu pengajaran. Jangan kalian jadi seperti aku kerana aku hanya merosakkan banyak hati termasuk hati aku sendiri. Ingat buatlah pilihan yang terbaik jika tidak yakin kembalilah kepada DIA. Pasti hati kita lebih tenang. Kehidupan ini kamu takkan pernah dapat lari dari sekecil-kecil pilihan sehingga sebesar-besar pilihan. Maka pilihlah yang terbaik dan yang kamu mampu laksanakan sesempurna mungkin.
Wallahualam.

Wassalam.