Sabtu, 13 April 2013

Nasihat SI Pendosa

Ya. Aku bukan seorang yang baik namun aku berusaha menjadi baik. Aku bukan orang yang taat pada agama dan aku tak tahu sudah berapa banyak larangan yang sudah aku terobos kerana mengikuti nafsuku. Tapi itulah aku. Masih manusia yang lemah pada hatinya dalam menjadi pengikut Muhammad. 

Rakanku berbilang.
Berbilang segala aku rasa. Akhlaknya, moralnya, agamanya, bangsanya mahupun pendidikannya. Aku terima. Aku pun bukan baik. Maka aku tak memilih. Kata orang nak jadi baik maka carilah sahabat yang baik akhlaknya dan jauhi orang yang rosak hatinya. Kedengaran mudah bukan.

Argghh! Getus hati ini. 
Aku ketuk kepala. Semudah itukah menjadi baik? 
Aku ini gadis kotor. Selagi mampu aku bertukar pasangan selagi itu aku buat. Selagi mahu selagi itu aku teruskan. Akhlak aku kalau dicampak tak tahu ke jurang neraka mana ia akan pergi. Kalau mudah cari orang baik untuk menjadi kawan dah tentu banyak orang yang sudah jadi baik. Aku yang jahat ini jelas-jelasnya mahu menjadi baik perlu berkawan dengan orang baik. Formula mudah, orang yang baik sudah tentu seribu kali mahu berkawan dengan orang yang baik sahaja dan menjauhi orang seperti aku. Sudahnya bagaimana untuk aku berkawan dengan orang yang baik kalau orang yang baik itu menjeing orang seperti aku sudah jijik.

Aduh! Malas untuk aku fikir lagi. Biarlah kalau yang aku kawan itu jahat mana sekalipun tetap kawan aku.

Satu hari aku keluar bersama seorang sahabat. Baru kenal. Berlainan jantina. Berborak, bercerita dan  berkenalan aku rasa. Sesekali bermesra. Dalam perjalanan pulang selepas pertemuan kami, seperti orang lain kami berkomunikasi.

"You lepas study nak kerja apa?" Soal kenalanku.
"Kalau ikut I tak nak kerja. Habis belajar cari lelaki kaya je. Hidup senang goyang kaki" Balas aku sambil menyengih macam kerang busuk.
"Sayang la. You belajar tinggi kena la kerja."
"I gurau je la. I ingat nak jadi cikgu."
"Great! Pilihan yang baik. You tau elok jadi cikgu ni. Besar jasa dan baktinya. Didik anak bangsa masa hadapan jadi manusia berguna dan jangan jadi macam kita ni."
"Hahaha...betul tu. Kita dah buat dah tahu baik buruknya Memang elok la orang macam kita ini yang mengajar ye." Jawabku ringkas sambil menahan sisa tawa yang tak terbatas.

Wow! Terkesima, terkedu dan segala macam rasa yang seangkatan dengannya. Hati aku terdetik. 
Ahli neraka macam mamat ni pun terfikir nak jaga anak bangsa. 

"Kalau you dah kerja nanti dan kalau you dah jadi cikgu, I tak kan ajak you buat apa kita buat sekarang ni. I pun tak selamanya nak jadi macam ni, tapi I tak tahu la bila I akan ready untuk berubah. Nanti bila you dah kerja buat elok-elok ok. Jadi cikgu yang baik."

Dia mungkin seorang pendosa tapi dia masih ada kesedaran. Hatinya mungkin penuh dengan noda hitam tapi masih ada ruang bersih yang belum terusik. Nasihat si pendosa menghiris bagai sembilu yang tajam. Biarlah luka dan berparut asal aku tak lupa nasihatnya.

Sabtu, 30 Mac 2013

Hormon atau ....????

Not sure about my feeling right now.
Dah dua ke tiga hari ini aku asyik menangis.
Apa sebabnya aku tak pasti.
Mungkin sebab aku tengah datang bulan dan emosi aku terganggu atau aku stress dengan tesis atau aku terlalu rindukan ayah...

There is a lot of thing I want to do with ayah. There is so much plan. There is so much promise between us. But Allah love ayah more than us.

Dulu masa habis sekolah aku buat part time. Bila cuti sem pun aku still buat part time sampai aku masuk tahun dua bila sambung degree. Sekurang-kurangnya ayah merasa jugak duit yang aku dapat hasil titik peluh aku sendiri. Tengok muka ayah yang senyum gembira dan ayah bercerita bangga dengan tuan kedai, "Hari ni anak saya bayar. Dia nak belanja" jelas memperlihatkan betapa bangganya dia. Biar hanya secawan kopi yang harganya RM1.20 sen tapi dah cukup menyenangkan hati ayah.

Aku selalu bercerita dengan ayah. Berangan-angan pun dengan ayah. Bila aku cakap idea-idea mengarut macam nak buat kenduri dengan tema sukan dan tak ada pakai baju kurung dan baju melayu mesti mak jeling-jeling sambil cakap, "Mengarut je. Tak pernah dibuat dek orang". Kelakar je. Ayah layan je sambil ketawa sebab dia tau aku memang kuat mengarut.

Ayah suka berkebun. Aku selalu cakap dengan ayah nanti kalau aku dah kerja aku akan cari rumah yang tanahnya lapang. Boleh buat berkebun. Aku nak ayah tanam ubi kayu, pokok terung, pokok cili api dan macam-macam lagi la sayur kampung. Aku siap nak letak tanda nama lagi kat pokok-pokok tu ala-ala taman botani.

ermmm..miss u ayah

Ahad, 17 Mac 2013

Yang Namanya Perempuan

Lemah lembut
Bicaranya
Geraknya
Tenang dilihat
Damai mempersona

Jalan fikirnya..
Rumit.
Dari sebesar-besar perkara
Hingga sekecil-kecil kuman
Semua diambil kira.

Yang namanya perempuan
Jangan terbiar ruang untuknya bicara
Kagum..
Lontar katanya tak henti
Ceritanya tak kesudahan
Berjela-jela...sambung-menyambung...kait-mengait....
Aduh!
PANJANG.....!!!

Emosinya jangan diduga..
Tak kena masa marahnya tak henti
Lagi parah kalau tangisnya keluar
Pusing kepala mahu memujuk
Rajuknya mungkin tak tentu

Yang namanya perempuan
Ciptaan Allah yang istimewa
Kuatnya lain macam
Tabahnya tak terlawan
Sabarnya besar 
Kasihnya hebat

Yang namanya perempuan
Perlu dilindung
Wajib dipimpin
Oleh imam yang tepat.

P/s:
Aku tak berapa rajin nak bercerita puisi pun jadi la ye.

p/s 2:
Dedikasi untuk semua perempuan
Istimewa untuk Emak, Alang, Uda, Utih Dan The Only Kak Ipar.