Harap semuanya sihat sejahtera.
Aku setakat ini masih lagi mampu tersenyum. Aku masih boleh menangis. Masih mampu tertawa. Mampu lagi untuk merasai segala jenis macam emosi yang Allah kurniakan untuk hambaNya.
Perkara yang aku tak duga dan tak harap terjadi sudah terjadi tetapi orang sekeliling aku sangat-sangat menyayangi diri ini. Keprihatinan mereka akan selalu bersama aku menjadi semangat aku menjadi pemangkin aku. InsyaAllah. Teristimewa untuk Puan Munirah Masri. Terima kasih kerana titipan kata-kata semangat untuk saya. Tak mampu saya balas dengan kata-kata. Semoga Allah sentiasa mengingatkan diri ini untuk selalu menitipkan doa untuk Kak Muni dan suami serta bakal cahayamata kalian yang bakal lahir ke dunia ini.
"Salam, Solehah adik akak yang kuat orangnya. InsyaAllah nanti Allah akan gantikan dengan yang lebih lagi. Masanya akan tiba, banyakkan bersabar dan berdoa yea. Allah pasti dah sediakan yang terbaik untuk Solehah"
Ini dugaan untuk aku. Sudah ku niatkan hati ini untuk menjadi Solehah sejati. Maka Allah menguji aku. Kesusahan ini walaupun berat namun masih bisa aku tanggung dengan kudrat yang diberikan. Aku yakin dengan satu hal ini kerana itu janji Allah pada setiap hambaNya.
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
(QS. Al-Baqarah: 286)
Wassalam.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan