Assalamualaikum Sahabat.
Harap semuanya sihat sejahtera. Aku pun makin sihat. Makin tembam dan banyak la yang makinnya. Apa yang lebih pasti selepas mengalami era kejatuhan minggu lepas, minggu ini aku bertekad dengan semangat yang baru untuk bangkit, untuk berevolusi (hahaha..ayat tak boleh blah sebab terpengaruh dengan subjek Masyarakat Industri dan Perindustrian yang banyak sentuh hal revolusi industri di Britain dan Eropah).
Aku rasa semangat aku untuk revolusi baru ini. Situasi ini telah membuatkan hati aku gembira. Hari ini tanpa aku sangka aku terjumpa dengan...jeng..jeng.. Hahaha.. tak boleh share la. Bahaya. Biarlah hanya Cik Kecik yang tahu hal ini. Kahkahkah.. Apa yang lebih penting adalah aku bahagia dan orang yang jumpa aku tu pun macam a bit excited sebab dah lama tak nampak muka aku berkeliaran kat kawasan kampus (dah macam hantu la pulak nak berkeliaran ni kan) Terserempak (aku rasa lebih kepada bertembung kot) dalam library lak tu. Mesti diorang fikir aku ni rajin kan..kan..kan. Kihkihkih.. Kalau setakat seorang je tak pe ini dah macam serangan empat penjuru. Masing-masing nampak aku semuanya cakap, "eh..eh..". Hahaha..terkejut la tu dengan gaya baru aku yang lebih comel tu. Kihkihkih...
Aku asyik gelak je kan sebab excited sangat. Eh...aku bukan nak cerita hal ini. Aku nak cakap benda lain la. Topik ini aku cerita bila aku dah balik rumah petang nanti ye.
Ok, kalau aku bukan kat rumah sekarang ini dimanakah aku?
AKU KAT LIBRARY!!!
Jahat tak aku? Jahat tak??? (Orang tak ramai boleh la buat kerja ini, kalau banyak orang nak guna jangan buat ok kawan!)
Kerja online dan update blog ni dulu aku selalu buat kat computer lab masa kelas teknologi maklumat. Masa tu aku tak ada laptop lagi maka masa kelas tu je la masing-masing dapat komputer seorang satu. Tak payah risau-risau dah nak online. Aku memang sangat aktif la update blog masa tu. Memang aku make sure tiap kali masuk kelas tu aku dah ada bahan untuk cerita dengan korang (kan bagus kalau perangai macam tu dipraktikkan dalam study).
Disebabkan perbuatan lama ini aku ulang semula aku rasa macam excited DUA KALI GANDA!
Itu je kot aku nak cerita dengan korang. Aku pun kejar masa ni sebab ada tutorial pukul 12 nanti. Aku rasa revolusi aku kali ini akan berjaya. Aku dah makin tabah sekarang.
Cuma masalahnya semakin aku tabah semakin aku kejam. Hahaha...
Oh, lagi satu. Semalam aku ada test silat dan aku lulus maka ke'excited'an aku telah meningkat kepada TIGA KALI GANDA. :)
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan