Masa berbaki 30 minit lagi sebelum tutorial seterusnya bermula. Saya sangat bangga kerana wifi universiti saya sangat cergas pagi ini. Yeay!!!! (bersorak sambil tepuk tangan tanda sangat teruja ini pagi).
Ok nak sambung cerita semalam. Aku terserempak dengan kawan (ermmm...lebih kepada kenalan je kot tu pun tak berapa nak kenal) masa pergi library. Biasa la pergi library lepak-lepak je. Hahaha..gurau ok. Aku pergi cari bahan untuk assignment. Masa aku duduk lepak jap lepas jumpa bahan aku nak aku pun duk la melilau mata sekeliling ruang perpustakaan itu untuk melihat panorama yang wujud kot-kot la ada ciptaan Allah yang indah yang selama ini aku tak perasan. Sekali tu, Si Kecik duk panggil aku dengan suara yang sayup-sayup, "Kak...kak...". Pada mulanya aku tak faham. Memang tak faham la. Bila aku toleh kat rak yang aku baru nak pergi ambil buku tu, muncullah keajaiban atas muka bumi ni. Masa tu reaksi aku macam ni...
Oh, My Allah! |
Terkejut seh...memang tak sangka. Tapi aku macam biasa mesti la tunjuk yang aku ni cool lagi steady kan. Hanya tersenyum simpul sambil mengangguk kecil tanda hormat. Aku pusing je nak keluar dari laluan tersebut muncul lagi satu keindahan alam semesta seorang kenalan yang dah lama juga la tak jumpa tapi hanya dengar khabar dari FaceBook. Masa bertembung dengan dia, macam ni pula reaksi aku
v
v
Tak terkata dah.. |
Mungkin inilah dinamakan pertemuan 3 penjuru. Hahaha..rasa masa tu excited sangat tau. Kalau boleh aku nak je buat macam ni...
v
v
v
Aribbbaaa...Yabedaa..beduuu!!! |
v
v
Comel la sikitkan buat reaksi macam ni. Hehehe...suka sangat saya. Buat diri ini rasa bersemangat je nak memulakan hari-hari yang seterusnya. Kihkihkih. Ok nak baca buku dulu sebelum kelas mula.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan