Ahad, 11 Disember 2011

Mak Aku Best..Kau Ada???

Assalamualaikum

And Hello There!!!

Aku sekarang ni telah dirasuk dengan roh Anwar Hadi dan Matluthfi. Dua vlogger yang tengah hot dikalangan kenalan aku.
Today I would like to talk about my mother. If you were my loyal follower, you must notice that I always talk about my dad more than my mom (ang bajet ang baguih sangat la duk cakap orang putih ni [lagi sekali ayat Matluthfi keluar])

Hahahaha...
Apa la salah cakap Inggeris sekali-sekala kan. Dah jadi budak degree kot. Malu la kalau nak cakap Inggeris sikit-sikit pun fail. OK...back to the topic. Aku nak cerita pasal mak aku. Berbanding dengan ayah aku, sebenarnya aku lebih rapat dengan mak aku. Apa-apa hal aku cerita dengan mak aku. Kalau aku ada msalah dengan study, kawan-kawan atau apa sahaja mak la pendengar setia aku. Sebelum aku terlupa. Artikel kali ini khas buat ibunda tercinta sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke 59 tahun.

Kalau orang tanya aku, "Weh, mak kau macam mana?". Aku akan jawab, "Mak aku cool beb! Mak aku best. Kau ada?".

So, whats make my mom cool?
Mak aku cool sebab Mak aku ni memahami. Mak faham jiwa aku dan dia bukan jenis tembak je anak-anak bila buat salah. Mungkin ada la tapi itu masa kami kecil. Bila dah besar ni mak lebih terbuka. Mak lebih demokrasi la istilahnya. Contohnya, apa aku nak buat, mana aku nak pergi mak akan benarkan tapi dengan syarat aku pandai jaga diri. Mak aku ni jangan la pandai-pandai nak tipu sebab dia memang akan tahu. Dari bentuk jawapan dan nada suara aku dia tahu la aku ni cakap betul atau pusing-pusing. Bila aku menipu dia mak akan mengeluarkan dalil-dalil, kata pujangga dan seribu satu nasihat dan kata-kata tersirat. Mak aku kalau bercakap kalah dekan kau tahu. Belum lagi bila mak aku start speaking ("haaa...tu Mak Long marah tu", kata sepupuku Faiz bila Emak cakap omputih). 

Apa yang menjadikan mak saya seorang yang hebat ialah dia tak pernah mengeluh pasal duit. Masa mak aku kerja dulu aku tahu mak aku kerja gaji tak besar mana tapi tanggungan dia banyak. Walaupun macam tu aku tak tahu apa rahsia mak aku. Duit dia tak pernah tak cukup. Kami ni tak mewah tapi serba-serbi keperluan kami adik-beradik akan diadakannya. Setakat ini apa yang aku mintak mesti dapat sama ada cepat atau lambat je. Tapi apa yang aku minta tu mak aku akan pastikan juga apa yang aku minta itu adalah satu keperluan dan bukan untuk suka-suka. Cuma biasalah aku ni kan kadang-kadang tu ada juga aku minta benda yang bukan keperluan dan boleh dikategorikan sebagai mengarut kot mengikut definisi aku. Hehehe..caranya ialah aku pujuk-pujuk lah mak aku. Biasanya kalau aku nak sesuatu tu aku kan terlebih rajin buat semua kerja rumah termasuklah kerja-kerja khas mencuci pakaian mak aku yang kena bilas dengan tangan. Seriously, aku kalau pasal duit memang aku sanggup buat apa je biarlah susah mana pun aku akan usahakan. Maksud aku buat apa sahaja tu bukan perkara yang HARAM ok. Kalau kat rumah tu aku ni memang terkenal sebagai makhluk paling tak malu minta upah setiap kali kena buat kerja (ok stop cerita aku, ini artikel khas untuk mak)

Bila masuk bab duit ini kan mak aku tak nak anak-anak susah fikir pasal duit. Semenjak aku belajar jauh ini mak aku cuma nak aku belajar je. Kalau duit makan tak ada minta je nanti dia masukkan duit (tapi malu kot asyik minta duit kat mak, nampak sangat aku ni boros dan kuat makan tapi dalam malu-malu tu aku minta juga..ahaakkkss).
Emak kalau pasal pelajaran memang dia bagi penekanan. Janganlah nak buat main pasal pelajaran. Memang boleh penampar jawabnya. Pernah dulu masa aku sekolah menengah dan masa aku Tingkatan 6 mak aku ambil handphone aku sebab aku selalu malas pergi sekolah dan keputusan exam aku teruk nak mampus. Masa tu aku marah betul. Handphone tu macam nyawa aku kot Akibat rasa marah tu aku belajar sungguh-sungguh untuk buktikan kat mak aku yang tanggapan dia pasal aku selama ini adalah salah (Mak aku cakap aku malas belajar sebab laki tapi sebenarnya aku tak suka dengan seorang cikgu kat sekolah aku maka akal yang pendek ini suruh aku ponteng sekolah tidur kat rumah). 

Akhirnya masa STPM punya keputusan keluar aku dapat keputusan yang agak baik. Tindakan mak itu mungkin agak drastik dan dalam masa yang sama bagi tekanan kat aku tapi sekurang-kurangnya tindakan mak tu buat aku belajar rajin-rajin kan.Result SPM aku memang teruk la tapi syukur dapat sambung STPM. Masa STPM result tidaklah bagus mana tapi alhamdulillah aku dapat berada pada kedudukan hari ini. Hari aku dapat keputusan emak dah cakap kat ayah aku yang beliau akan 'belasah' aku kalau aku tak dapat gred A. Bila beliau dapat tahu dalam result tu aku ada dapat satu gred A, beliau cakap aku ni selalu je selamat bila beliau dah buat keputusan yang kritikal untuk aku (sebenarnya ni perbincangan antara ayah dengan emak tapi ayah aku dengan aku memang tak boleh simpan rahsia mesti dia cerita punya lepas tu suruh aku diam-diam jangan cakap kat mak aku). Kalau tak dengar cakap mak pasal belajar memang tak selamatlah aku confirm-confirm dah kena balun.

Selain itu, emak adalah penasihat yang baik. Macam-macam pesanan yang selalu dititipkan pada aku. Sehinggalah aku dah boleh baca apa yang mak aku akan sampaikan kepada aku setiap kali aku mengadu kat mak. Tapi yang tak boleh blah kan kalau ada orang buat perangai 'jahat' dengan aku mesti mak aku suruh balas balik supaya orang tu sedar dia sedang permainkan siapa. Hahaha...ada ke patut macam tu kan. Biasalah emak, ada masa beliau teremosi dalam memberi idea. Ada masa aku lak yang kena ingatkan mak. Bila dah tahap macam tu mak aku akan gelak dan jawab, 
"Ipau (cara mak aku gelarkan dirinya) cakap je, kau janganlah buat pulak. Kau kan belajar tinggi". 
Alahai emak...comel kan mak aku???

Lagi best pasal mak aku adalah aku boleh cakap apa je dengan beliau (hal cinta aku tak pernah try tapi ada la kasi hint sikit-sikit still tarak berani wooo..sebab aku faham hati mak aku). Semua cerita aku cerita, aku sakit perut aku cakap, susah nak uuu..uk..aku cerita, tengok drama apa, baca novel apa pun aku bagi tahu kot. Pendek dan panjang kata korang tanya la mak aku apa cerita yang aku tak bagi tahu kat beliau. Semua aku report kot (kalau la ada laporan rasmi yang direkodkan aku tak tahulah berapa tebal buku laporan tu). Anak mak la katakan. Sampai satu tahap kalau kakak-kakak aku nak minta apa-apa kat mak aku mesti diorang suruh aku. Bila aku cakap pergi minta sendiri mesti diorang cakap,
"Kau pergi la cakap Achik, mak kan sayang kau. Kau pandai pujuk". 
Dengar je ayat tu aku dengan bangga je pergi cakap kat mak hajat diorang. 
Hahahaha...dasar tak boleh kena puji.

Hari itu kenduri kahwin abang aku sebelah keluarga kami tapi aku tak dapat nak balik sebab terikat dengan progran di kampus aku. Dua hari lepas tu emak, ayah, Kak Uda dengan Abang Eddy singgah Terengganu tengok aku sebab diorang nak pergi Kelantan ziarah family abang ipar aku (Padahal memang aku suruh mak aku datang tengok aku sambil bawa telur rebus kenduri, kek dengan periuk nasi sekali). Aku tunggu mak aku kat lobi hotel bila aku nampak mak dengan kakak aku muncul, wah apa lagi macam orang gila je aku berlari-lari pergi peluk kakak dengan mak aku sambil cium-cium lagi (manja gila aku ni rupanya). Kawan-kawan yang tolong hantar tu sampai cakap kat mak aku, "Baguslah mak cik datang, dia ni kat rumah asyik menangis je". 
Mak aku balas, "Hah, tu la dia ni memang suka menangis. Hal tu nangis hal ni nangis. Memang macam ni la dia". 
Perghh.....masa tu aku malu kot tapi cover je la. Kawan-kawan aku memang tahu aku ni memang mudah menangis kalau hal yang memang menyentuh emosi aku tapi bila mak aku buat kenyataan macam tu aku tiba-tiba pulak rasa bertambah malu. Hihihi...

Itu je la kot pasal mak aku. Banyak nak cerita pasal mak aku ni. Tak cukup sehari je. Tapi nanti-nanti la ok. Aku dah penat. Ini pun 3 hari 3 malam aku nak menyiapkan artikel ni.

Apa-apa pun sayangilah mak anda sebab mak anda adalah makhluk ciptaan Allah yang terhebat kat muka ini. 

LOVE U MAMA!!!! MMMMMuuuaaahhhhhhhhhhh............. :)

WASSALAM

Khamis, 8 Disember 2011

20 Hari Lagi

Assalamualaikum
Semoga semuanya sihat belaka. Aku sebenarnya teragak-agak untuk menaip entri kali ni. Bercampur antara emosi dan sakit kepala (tiba-tiba migrain aku datang pulak). Macam yang kalian dah baca di atas, tajuk aku kali ini 20 hari lagi. Hari ini 8 Disember 2011 tambah lagi 20 hari maka kita akan pergi ke tarikh 28 Disember 2011. Mungkin pada sesetengah orang tarikh itu tiada signifikannya dalam hidup anda. Namun bagi setengahnya yang lain berkemungkinan sedang menyambut ulang tahun kelahiran ataupun other annivesary  dalam kehidupan mereka. Kepada sesiapa yang menyambut sebarang karaian pada hari tersebut aku ucapkan selamat semuanya.

Aku tidak meraikan sebarang momen indah pada hari itu tetapi aku memperingati sesuatu yang sangat dekat dengan hati aku dan ahli keluarga aku. Tarikh ini akan genap setahun pemergian arwah kakak aku. Rasanya macam baru semalam aku terima perkhabaran pemergiannya dari doktor sedangkan insiden itu telah berlalu setahun yang lalu. Aku bukan mahu bersedih tetapi kenangan hari-hari terakhir dengannya selalu bermain di benakku. Aku masih ingat yang dia minta aku masakkan nasi lemak untuknya, meminta aku menggosokkan baju kurungnya untuk dipakai berjumpa dengan doktor. Hari-hari akhir bersamanya selalu saja aku yang dipanggil untuk melakukan hal-hal yang perlu baginya.

Semenjak arwah sakit dan sering keluar masuk hospital aku antara yang setia melawat arwah di hospital. Walaupun masa tu aku dah belajar di Terengganu tapi mungkin sudah takdir Ilahi arwah sering saja di masukkan ke hospital semasa aku cuti semester. Aku akan melawat arwah dan temankannya walau hanya untuk 30 minit setiap kali aku berjumpa dengannya. Aku akan ceritakan semua kejadian yang berlaku di kampus. Insiden-insiden lucuku sentiasa saja mencuit hatinya. Kakak-kakak yang lain semuanya bekerja. Semasa arwah masih ada emak dan ayah aku masih bekerja. Maka di rumah hanya aku dan arwah saja. Dia la pendengar setia cerita-cerita aku dan orang yang setia makan masakan aku yang tak sedap mana. Dia teman aku tengok tv kira semuanya dia.

Kalau di hospital pula aku selalu datang belah petang. Jadi aku akan masak awal dan bawa makanan untuk arwah. Kalau arwah tak habis makan aku yang akan habiskan makanannya. Kalau orang sihat yang makan memang sedap lauk hospital tu. Selalunya memang aku yang habiskan ada masa aku bersemangat pergi jumpa arwah sebab nak rasa makanan hospital.

Aku tak berapa rapat dengan arwah tapi sejak arwah mula keluar masuk hospital aku semakin akrab dengannya. Aku tak pernah tahu serius mana sakit arwah dan aku tak tahu sakit arwah boleh bawa maut. Pemergiannya sangat aku tak jangka begitu juga ahli keluarga yang lain.

Banyak yang aku nak cerita tapi dah tak mampu nak menaip dengan air mata yang tak henti mengalir. Apa yang buat aku terkilan dengan pemergian arwah adalah aku tak sempat nak minta maaf dengan dia dan bagi tahu dia betapa aku sayang dan bangga ada kakak yang baik macam dia.

Al-Fatihah untuk Angah.

Coretan Untuk Angah...
"Aku dah lama nak menulis untuk kau Angah sebelum kau pergi lagi aku memang nak menulis tentang kau kat blog ini. Aku nak kau baca cerita pasal kau dari pandangan mata aku. Aku nak buat entri pasal kau yang kelakar sebab kau suka dengar lawak aku. Aku rindu kau sangat Angah. Kadang-kadang kalau aku sedih sangat aku menangis aku cakap sorang-sorang, aku luah semua yang aku nak kat kau walau aku tahu kau tak ada depan mata aku. Setiap kali balik KL setiap kali tu aku kena ingatkan diri aku yang kau dah tak ada tunggu aku depan muka pintu dan dengar cerita aku. Setiap kali ada kenduri kat rumah kita tiap kali tu juga aku akan ingat betapa seronoknya satu masa dulu kita berlima duduk sama-sama dan bercerita. Aku nak kau tengok aku dengan adik graduasi tapi apa daya Allah sayang kau lebih dari kami. Kami masih boleh tengok kau sakit Angah tapi Allah dah tak mahu kau menderita sebab tu Allah hilangkan sakit kau dan ambik kau duduk dengan Dia. Berbahagialah Angah kau kat sana. Kami tak pernah lupakan kau dan tak pernah lekang doakan kau bersama orang-orang yang beriman."

Wassalam


Ahad, 4 Disember 2011

Cerita Kampung Awek

Assalamualaikum
Sahabat yang disayangi+dikasihi+dirindui

Beberapa hari ini aku tidak dapat menyentuh papan kekunci Shiba-shiba kesayangan aku (name for my lovely laptop) . Ha...mesti korang nak tahu kenapa kan. Aku kena pergi Kampung Awek, Besut, Terengganu kerana menhgadiri program anak angkat. Makanya aku tidak membawa bersama Shiba-shiba aku. Mak angkat aku best sebab asyik bagi aku makan sehingga setiap pagi bila aku bangun dari tidur aku kena kosongkan tangki aku yang terlalu penuh dengan makanan. Hahahaha....
Cerita yang lagi seronok adalah aku berpeluang untuk bermain bola jaring dalam sawah bendang. Perghh...jadi minah kampung kot aku. Aku je satu-satunya orang yang asalnya Kuala Lumpur. Jadi aku memang tak pernah masuk bendangla kan. Tengok-tengok dari jauh tu biasa la. Cuma tengok. Tapi kali ini aku dapat masuk kot. Sama macam aku selalu main lumpur tanah merah masa kecil dulu kat kebun nenek aku cuma yang bezanya masuk benang ni selut dia dalam lagi la sampai ke lutut. Masa main bola jaring tu kan aku masuk masa kedua. Masa pertama hanya jadi penyokong dari tepi je. Al-kisahnya aku tak nak pun main sebab malas nak cuci baju tapi kawan kesayangan aku yang dah berlumuran dengan lumpur tu naik atas dan peluk aku sebab nak bagi aku kotor. Alang-alang aku dah kotor aku pun turun la main dengan penuh semangat keazaman kot. Masa main tu boleh pulak kaki aku tersekat dalam selut tu dan aku terus pusingkan kaki aku menyebabkan aku terseliuh dan seriously its hurt. Naik je ke atas aku jalan dah terhencut-hencut. Hebohlah semua orang kaki aku sakit (biasa la budak bandar masuk bendang) semua orang mempamerkan muka kasihan kepada aku. Sakit tu memang la sakit tapi tak lah teruk mana cuma orang kampung tu sangat risau sebab aku orang KL rasanya. Dalam sekelip mata habis semua orang kampung (ok..not all of them but almost all of the villagers) tanya pasal kaki aku dan suruh aku berurut dengan orang tu, dengan orang ini. Sangat prihatin mereka ni. Kiranya kerana insiden kaki aku terseliuh tu terus aku glamour kot. Hahaha...
Eventhough I'm having fun there tapi semua tu tetap tak mampu tutup luka hati aku yang tak dapat jenguk rumah untuk kenduri kahwin abang aku. Aku paling kecewa sebab tak dapat jumpa kawan abang aku yang tersangat-sangat comel tu (hahahaha..seriously comel?) OK..jangan layan aku yang cuba buat lawak bodoh tambah bangang. Tapi memang tak best sebab aku tak dapat nak sarung pakaian kenduri tu bersama-sama ahli keluarga aku yang lain. Sedih sangat. Huhuuhu...tapi kerana tanggungjawab aku sebagai pelajar aku terpaksa korbankan kepentingan peribadi aku. Sekurang-kurangnya aku masih boleh sambut raya, sambut merdeka, sambut tahun baru, sambut maulidur rasul dan sambut macam-macam lagi sambutan lain yang disambut di negara kelahiran aku bersama-sama ahli keluarga aku. Lagi sedih orang yang duduk luar negara tu sebab semuanya jauh dari keluarga. Aku tak ada la cakap aku ni dekat dengan keluarga aku. Jauh la jugak tapi Terengganu je kot!!!!! Tak payah la nak drama lebih sangat kan. Hahaha.. Tabah la Solehah you are big girl now (memang aku tau la aku besaq kan..bahasa mudahnya aku ni tembam tambah debab sama dengan la gemuk..tiba-tiba aku nak feeling padahal sendiri yang taip). Lupakanlah hal tu yang pastinya memang aku tak dapat balik dan kenduri tu pun dah berlalu serta aku berjaya mengharungi semua itu walau rasa kesal masih bermain di hati.

Aku buat jahat hari ini sebab aku sedang menaip artikel ini di dalam kelas. Hahaha...sekarang ni baru lepas satu kumpulan membuat pembentangan aku menjadi penjaga masa (nampak tak? aku selalu jadi orang penting dalam banyak hal.hihi..). Kawan-kawan yang baca artikel ini aku minta kalian jangan tiru apa yang aku buat ni sebab tak baik dan tak berkat korang belajar nanti.


Masa hari akhir tu, mak dengan kakak angkat aku bagi aku hadiah kenangan. Aku dapat tuala dengan kain pasang uhtuk buat baju. Lagi penting mak aku bekalkan aku sesuatu yang menjadi kegemaran aku iaitu jeruk petai..muahahaha...sedap seh.
Eeuww...busuk...(ini kata orang lain)
Ada aku kisah.
Memang la busuk tapi ang tok sah pi peghabih sampai satu balang sekali bila makan. Sikit-sikit dah la. Habis makan gosok la gigi dan minum ayaq banyak-banyak biar time ang terkucil bau tak kuat mana. Kalau pi solat jemaah pun orang lain tak pening lalat bau mulut hangpa. Cukup cerita jeruk petai tu. Apa yang penting seronok dapat keluarga angkat dan mudah-mudahan aku dapat jalinkan hubungan ini dan menjaga ikatan ini sebaik mungkin.

Solehah, tiadakah berlaku aksi mencari-cari bakal menantu atau keluarga mentua???
Kalau dalam keluarga aku tiada la sebab mak aku tu cuma ada anak perempuan seorang ja lagi yang belum nikah iaitu anak bongsu dia (gila apa nak jodohkan aku dengan anak dia..eeuuww..aku straight ok). Kalau yang keluarga lain ada juga yang kena 'kenen-kenen' kot. Lagi pun aku ni tak comel mana. Siapa la yang nak kan (tiba-tiba aku buat ayat pasrah).
Satu cerita yang agak menarik. Ada seorang kawan aku ini, lelaki. Sampai je Kampung Awek ni dia dah cari mak angkat dia sendiri dah. Bajet dia dapat mak tu alih-alih aku yang dapat mak yang tadi dia nak jadi mak angkat dia tapi mak tu jadi mak angkat aku (tapi kan mak angkat aku asyik tanya kawan aku tu je maka aku pun suruh la kawan aku tu datang rumah jumpa mak aku). Dah la aku dapat mak angkat tu, aku jadi anak tunggal lak tu. Tak ada kawan-kawan lain yang dapat keluarga angkat yang sama dengan aku. Itu yang jadi aku kena makan banyak (seriously bukan banyak tapi sangat banyak). Bayangkan sebelum tidur aku kena makan nasi dengan lauk ikan toman masak lemak cili api dan malam kedua aku kena makan roti canai dua keping. Aku kenyang tapi aku tak sampai hati sebab mak aku tunggu aku balik dari aktiviti malam untuk teman aku makan. Maka dengan hati yang separuh ikhlas aku pun makan la. :)
Apa-apa pun semuanya berjalan lancar dan aku pun gembira duduk kat situ dengan anak-anak buah aku yang nakal dan mampu untuk membuatkan aku meletup. Nasib anak orang je kalaulah anak buah aku....kalaulah....hihihi

Moral of the story  jangan duk ingat aku ni budak bandaq aku tak tau duk kat kampung na. Walau aku terseksa (tak la terseksa mana sebab nikmat kot dapat makan banyak-banyak) dan tiap-tiap malam berperang dengan nyamuk tapi aku berjaya menjadi orang kampung untuk tiga hari dua malam tu ye. Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang harimau mengucap (hahaha..ayat akhir tu aku bergurau). Walau kat mana pun kita berada jangan bawa gelaran kita sebab Rasul kita Muhammad sendiri tak pernah bawa gelaran Baginda untuk dibangga-banggakan apatah lagi mengharapkan layanan istimewa daripada orang lain. Walaubagaimanapun kita ni bila dapat tetamu ni kena la layan sebaik mungkin mengikut kemampuan kita. Bila jadi tetamu pula jangan la kita meminta secara berlebih-lebihan sehingga menyukarkan tuan rumah.
Itu saja kawan-kawan.
Wassalam...