Khamis, 2 Februari 2012

Luahan Hati Si Failure Dean's List

*ARTIKEL INI ADALAH LUAHAN HATI SEORANG PELAJAR YANG GAGAL MENCAPAI SENARAI DEKAN UNTUK KALI YANG KE-5

Assalamualaikum.

Akhirnya selepas beberapa lama memendam rasa untuk update blog ini. Aku kembali dengan kisah hidup aku. Cerita tentang Si Pemalas yang cemburu dengan kejayaan Si Rajin hari ini dan masih lagi tak mahu mengaku salah diri kerana mahu menyedapkan hati sendiri. 

Si Pemalas itu adalah diri aku sendiri dan Si Rajin itu adalah kawan-kawan aku yang lain. Aku baru je dapat tahu keputusan peperiksaan aku yang lepas dan alhamdulillah pointer aku meningkat walaupun aku tak dapat Senarai Dekan untuk kali yang ke-5. Misi aku ni asyik gagal je dan aku tak tahu la bilanya nak termakbul. Tapi aku bersyukur dengan kurniaan Ilahi ini kerana apa yang aku dapat ini adalah apa yang aku usahakan dan apa yang aku doakan. Dah aku minta biarlah aku lulus ada satu subjek ni dan aku mintak kalau tak dapat dekan pun tak mengapalah janji pointer aku semester ini meningkat (padan muka sendiri nak berdoa pun tak mahu bersungguh-sungguh). Allah makbulkan permintaan aku. Syukur sangat.

Dalam pada masa yang sama aku tetap cemburu dengan kawan-kawan aku yang dah berulang kali mendapat dekan. Aku tak lah nak sangat tapi maka ayah aku selalu cakap nak tengok aku dapat anugerah dekan. Hajat emak ayah aku yang lain mungkin susah aku nak tunaikan dan aku rasa hajat ni satu yang mampu aku tunaikan. Aku tahu aku boleh dapatkan senarai dekan tu tapi aku ni selalu sambil lewa belajar. Masa exam pun boleh duduk lepak-lepak main game dan menonton movie. Belajar pun ala kadar je. Tak adalah bersungguh sangat macam orang lain sampai tak makan tak tidur. Aku tak tahulah dah berapa kali aku dengar orang cakap dengan aku guna dialog ini, 
"Kau tengok Solehah, kau tak belajar pun dapat pointer tinggi. 3.4, 3.3 tu elok dah. Sikit lagi je nak cecah 3.5. Kalau kau belajar betul-betul tak mustahil kau boleh dapat 4".
Dah memang terbukti saya ni LOSER plus FAILURE. Kalau dah ramai cakap dengan aku guna dialog kat atas ini, memang terang lagi bersuluh yang aku ni pemalas dan kurang bersungguh tak campur lagi suka bertangguh dalam belajar. Waaa...waaa... Nabi SAW cakap kalau orang yang sama dengan hari semalam adalah bodoh, klu lebih teruk dari semalam adalah laknat. Dah terbukti dah kan yang aku ni BODOH. Jangan kata aku ni sama macam semalam tapi sama je untuk tahun-tahun yang lepas jugak. Maknanya aku ni BODOH + +.

Arrrgghhh..............MENYESAL SEH!!!!
Tapi apa la guna aku nak menyesal masa ni? Keputusan dah keluar pun dan aku ada beberapa sem je lagi nak kejar senarai dekan. Punca-punca yang menyebabkan aku lalai dalam pelajaran aku adalah aku ni dah memang dasar pemalas dan tidak berusaha mengubah kelemahan itu ke arah yang lebih positif. Sedar diri itu pemalas tapi follow the flow jugak. DASAR SENGAL KE BENGAP AKU NI? Selain tahap kemalasan melampau yang melanda diri, aku juga menghadapi masalah mudah hilang fokus terhadap pelajaran dan suka memfokuskan perkara yang sepatutnya aku tak perlu fokus (contoh: kenapa housemate aku balik rumah lambat atau macam mana kucing aku boleh hilang dan kemanakah ia pergi?). Selalu je dalam kelas, aku ni berborak dan bergurau senda sambil curi-curi tidur sebab tak berjaya menahan mengantok. Kalau asyik nak gelak-gelak je dalam kelas memanglah kan tak dapat apa yang lecturer ajar. Masalah seterusnya yang memberi kesan terhadap pembelajaran aku ini adalah aku selalu kutuk lecturer. Memanglah ada masa kita akan dapat pensyarah yang agak annoying kan. Tapi as a student kita sepatutnya simpan je rasa sakit kita terhadap lecturer dan bukannya kutuk-kutuk. Walau macam mana sekalipun beliau tetap lecturer kita yang bagi ilmu kepada kita dan berjasa kepada kita dengan cara mereka yang tersendiri. Ilmu yang aku dapat tu tak berkat sebab aku ambil kebaikan dari pensyarah tu tapi balas dengan keburukan yakni kutuk mengutuk lecturer. Kalian mesti faham konsep berkat dan redha kan. Hidup ini kalau kau usaha setinggi langit sekalipun tapi keberkatan dan keredhaan kau tak dapat tak bahagia la kau. Kalau ada hati yang kau dah guris dan tak minta maaf memang tak tenang la jawabnya. Tenang ini soal hati. Kau mungkin boleh sorok dari pandangan orang lain tapi kau tak boleh tipu diri sendiri kan. Betul tak aku cakap? Siapa setuju sila komen. Hihihi...

Aku rasa itu je dulu kelemahan diri aku yang dapat aku catatkan untuk semester ini. Artikel ini adalah muhasabah untu diri aku sendiri tapi kalau korang rasa munasabah cerita ni nak buat renungan korang, korang ambil la ye.

Wassalam.

Khamis, 19 Januari 2012

Aku Wanita Aku Kaum Hawa

Assalamualaikum
Apa khabar semua? Harap semuanya sihat dan dalam keadaan yang gembira. Tapi kalau kalian tak berapa nak gembira, aku harapkan cerita yang aku kongsi mampu memberi sedikit keceriaan pada kehidupan kalian.

Pada malam hari selepas peperiksaan terakhir, aku telah menjadi penghasut yang cemerlang apabila berjaya menghasut kawan-kawan serumah merangkap kawan sekelas aku untuk keluar pergi lepak kat Pantai Batu Buruk. Menikmati angin malam dan melihat alam ciptaan Allah.

Tapi sayang...
Pemandangan itu dicemari dengan pasangan-pasangan kekasih yang memadu asmara (tak payah kat luar ni, dalam kawasan kampus pun lebih kurang je aku tengok). Sebagai orang yang tak suka kepada pemandangan yang tercemar ini maka aku dengan kawan-kawan ni secara tidak berdisiplinnya telah melakukan dakwah dalam nada yang aku kategorikan sebagai sedikit perlian. Aku ni jenis memang cakap kuat. Konon-konon macam berbual pasal topik pelajaran kitorang sambil keluarkan hadis janganlah kamu mendekati zina. Bukan main kuat kami cakap dan pasangan bangku sebelah tu memang dengar la. Aku rasa sekejap je diorang dating kat situ lepas tu blah. Ada dalam 2 ke 3 pasangan yang kena macam tu dengan kami. Nak tegur depan-depan kami tak ada keberanian itu. Setakat tu je la yang mampu kami buat dan semoga diberikan kekuatan melakukan yang sesuatu yang lebih besar demi jalan Allah. Amin.

Lupa nak cakap. Adegan penghasutan kat rumah aku berlaku bila lagi dua orang kawan serumah kami merangkap senior kami buat barbeque dengan kawan-kawan mereka yang lain maka rumah ni berasap-asap dengan bau ayam dan sate yang menusuk kalbu. Aku pun naik berasap sebab dah tak selesa selain rasa terliur sangat-sangat. Dah buat macam tu tak ajak sekali lak tu. Aku malas nak kupas hal itu. Aku dah tak senang duduk kat rumah dan aku rasa diorang yang buat majlis tu pun akan rasa tak senang kalau kami ada dalam rumah tu maka aku buat keputusan untuk ajak lagi dua orang kawan aku tu pergi lepak tepi pantai. Kemudian ajak lagi seorang kawan yang duduk kat hostel keluar sekali dengan kami.

Masa kat pantai kami pun borak-borak la macam-macam perkara. Bergelak-ketawa bukan main. Apa yang pastinya tindakan kami keluar tu antaranya adalah untuk melepaskan tekanan serta meraikan yang kami dah habis exam untuk semester ini. Isu utama yang diperbincangkan adalah isu seorang tenaga pengajar kami. Macam-macam perkara keluar. Hanya nak melegakan rasa hati dan meletakkan kembali rasa positif dalam diri kami sebab beliau orang yang bagi ilmu maka kena hormat kang kena ketulahan dah susah nak belajar kan. Masalah ini pun kami dah selesaikan :)

Ok kawan. Kita nak masuk cerita tajuk entri hari ni. Hahaha..Mukadimah cerita lain bukan main panjang ye. Masa kat pantai tu kami berkongsi cerita kan. Aku cerita kat kawan aku ni pasal family angkat aku. Dah lama aku tak pergi tengok diorang dan semua dah tanya bila lagi aku nak datang sebab aku tak pergi beraya kat sana dan ada kenduri pun aku tak join juga. So, adik kepada kakak angkat aku ni selalu contact aku dan aku suruh dia beritahu yang aku akan datang jenguk diorang balik cuti ni. Anak buah dia yang aku panggil Botak ni dengar dan tanyalah kat Pak Lang dia ni, "Pak Lang, Pak Lang, makcik Solehah nak datang tengok kita ye?". Balas Pak Lang dia, "Makcik Solehah tak jadi datanglah Tak". Si Botak pun pergi kepada mama dia dan cakap pula, "Alaa..mama makcik Solehah tak jadi datanglah".

Cerita atas inilah permulaan kepada tajuk cerita aku yang kat atas tu. Kawan aku tanya aku bukan ke dulu aku tak berapa suka budak-budak? Macam mana pulak aku boleh suka budak-budak sampai anak kakak angkat aku tu boleh naik excited aku nak datang. Masa aku tidur kat rumah kakak angkat aku tu budak tu tidur sekali dengan aku, bila aku dah siap-siap nak tidur tiba-tiba dia angkut bantal dia keluar dari bilik mak dia dan letak sebelah bantal aku. Adik dia pun mengikut sama abang dia. Comel je bila aku tanya nak tidur dengan Achik ke, dia senyum-senyum. Hihihihi... Aku cakap dengan kawan aku, yang aku mula suka budak bila : 
"AKU YAKIN YANG SELAMA KEHIDUPAN AKU INI AKU SEBENARNYA DILAHIRKAN SEBAGAI SEORANG WANITA DAN AKU PERLUKAN SESEORANG YANG BERGELAR LELAKI UNTUK MENJADI PENDAMPING AKU YAKNI SEBAGAI SEORANG SUAMI DAN MENDIDIK AKU MENJADI ISTERI SOLEHAH SERTA AKU PUNYA NALURI UNTUK MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN ZURIAT SEPERTI WANITA YANG LAIN."

Maka sejak detik itulah aku sedar aku perlu mula belajar sukakan budak-budak (korang bayangkan aku ucap dialog tu dengan penuh perasaan syahdu kat tepi laut yang anginnya agak kuat sambil aku berpeluk tubuh dan membuang pandangan (ayat novel cinta seh) ke arah laut.

Lepas aku cakap macam tu dia gelak besar. Dia cakap ayat aku tak boleh blah. Sebijik macam dialog drama swasta. Dia tanya lagi habis selama ini aku bukan perempuan aku cakap sebelum ini aku macam ada kecelaruan gender sebab aku selalu cakap kenapa aku ni anak perempuan tapi selalu kena buat kerja anak lelaki maka benarkah aku ni perempuan. Kiranya aku seakan mempertikaikan fitrah aku yang lahir sebagai perempuan. Berdosanya aku. Masa tu aku jahil lagi tapi sekarang aku dah sedar.

Rasanya itu je confession yang aku nak buat kali ini. Nantikan pengakuan berani mati dalam segmen-segmen yang akan datang. Hahaha....

Wassalam.

Novel Ke Filem/Drama

Assalamualaikum.

Apa khabar sahabat? Harap semua sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Kepada rakan-rakan yang sedang cuti semester ni apa cerita duduk di rumah? Aku yakin yang mana peminat novel-novel cinta tanah air akan menepek je depan TV tengok cerita Gemersik Kalbu yang sedang dimainkan di TV3. Saluran Astro Prima pulak ada cerita Bicara Hati belah malamnya tapi aku tidak ingat pula bila siarannya. Semenjak tulisan Ahadiat Akashah yang meletup dijadikan sebuah filem iaitu Lagenda Budak Setan, semakin ramai penerbit dan pengarah yang memilih untuk membuat filem dan drama berdasarkan novel-novel yang pernah menjadi kegilaan pecinta novel.

I will not talk about how good their creativity and effort to inteprate the story from books to film or drama. But I would like to talk about how great the impact on what they were doing. Selepas tayangan filem Ombak Rindu habis dimainkan di pawagam aku terbaca satu ruangan dalam sebuah akhbar tempatan yang memaparkan serta melaporkan perkembangan industri penerbitan bahan-bahan bercetak di negara Malaysia tercinta ini termasuklah mengenai novel-novel karya penulis tempatan. Aku memang suka buku dan biasanya kalau aku nak beli buku aku akan refer pada akhbar atau internet untuk intai-intai buku apa yang tengah hot kat pasaran dan dapat banyak review dari pengkritik-pengkritik karya penulisan. Cara inilah yang mendorong aku berkenalan dengan penulis-penulis yang luar biasa. Antara yang aku kenal dan jatuh hati dengan penulisannya adalah Andrea Hirata. Ulasan yang sangat banyak mengenai novel Laskar Pelangi mendorong aku untuk membaca karya pertama beliau dan seterusnya menjadi seorang manusia yang ketagih dengan karya-karya baru dari beliau. 

Oh, tidak! Aku mula berbicara seperti seorang pengkarya agung. Mungkinkah aku? :)

Back to the basic (hah?betul ke ayat ni untuk situasi aku sekarang?) Actually back to the main point. Aku nak cakap pasal impak filem yang mengadaptasi kisah dari novel yang ada dipasaran. Selepas filem Ombak Rindu meletup-letup kat pawagam dan dapat banyak komen termasuklah daripada tokoh-tokoh agama terkemuka negara novel tersebut turut menerima tempiasnya. Tadi aku ada kata yang aku baca akhbar yang satu ruangan itu berkisar mengenai dunia penulisan kan. Ok, aku tengok senarai buku-buku paling tinggi jualannya di kedai-kedai buku utama negara dan novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari menduduki tangga teratas. Hebat tak? Padahal novel itu aku dah baca masa aku masih lagi sekolah menengah adalah dalam 5 ke 6 tahun yang lepas and now that novel become a hit back. Dahsyat bro!!! 

Lepas ini aku nak tengok pulak kehebatan drama Gemersik Kalbu dan Bicara Hati. Adakah mampu untuk mengangkat kembali karya penulis Anis Ayuni dan Damya Hana sebagaimana Ombak Rindu? Korang yang baca artikel ini pun rajin-rajinlah belek akhbar untuk tahu perkembangan penerbitan buku yang terkini.

Aku rasa tu je yang aku nak kongsi hari ini. Take care.

Wassalam

P/s: Sebenarnya aku nak cerita pasal aku pergi pasar malam tadi entah kenapa boleh terpesong cerita ini. Confuse jap. Hihi..