Khamis, 29 November 2012

Prinsip oh Prinsip!

Assalamualaikum.

Hari ni aku rasa macam rajin sikit nak menaip. Otak pun ada la jugak benda yang nak dikongsi bersama kan. Jumpa dan kenal orang baru banyak la benda kita dapat kongsi kan. Wah! Dah lama aku tak jumpa orang yang boleh berborak dengan aku berjam-jam lamanya. Borak hal-hal yang jauh dari perkaitan yang membebankan hidup sendiri. Berborak sambil bergurau pas tu boleh gaduh-gaduh lagi kan. Ada masa topik tu tak ada kaitan pun dengan kami dan kami pun tak payah sepatutnya bertekak pasal hal tu tapi kami buat juga perkara tersebut. Agak mengarut dan merepek tapi still ok je. Hahahaha....

Hari ni aku nak cerita. Just cerita ok. Ini pendapat aku. Pendapat korang mungkin lain. Tapi sayangngye setakat ni aku tak pernah dapat pendapat dari orang lain melalui penulisan aku ni. Orang baca tapi tak komen (jelas kedengaran aku kecik hati, sambil buat muka sedih)

Kita ni dalam hidup kebiasaanya mesti ada prinsip atau sesuatu perkara yang kita pegang. Sesetengah orang panggil kepantangan diorang. Kira kalau sesuatu tu berlaku atau ada orang buat perkara itu kepada dia memang nahas la. Mati hidup semula pun dia takkan terima perkara tu dan orang yang melakukan perkara itu.

Walaubagaimanapun tanpa sedar ada masanya sesuatu yang menjadi pegangan kita itu akan kita lepaskan perlahan-lahan apabila kita berjumpa dengan seseorang. Mungkin selama ini kita tidak suka dengan orang yang panas baran. Satu hari kita jumpa jenis orang yang kita tak suka tu tapi entah macam mana kita ada kekuatan untuk terus bersabar dengan orang tu. Baran orang tu datangnye meluap-luap tak berhenti tapi kita masih maintain cool aje. Why?? Why??? Aku sendiri tak tahu nak kata macam mana.

Mungkin aja kerana kita suka pada dia, atau dia punya daya tarikan lain yang mengikat untuk kita menerima dia atau juga kita sebenarnya semakin bijak dalam menerima orang sekeliling kita.

Hidup memang perlukan prinsip namun prinsip juga perlukan perubahan. Ada masa terlalu berpegang kepada prinsip boleh merosakkan kita kerana kita mungkin akan melepaskan sesuatu yang sangat baik dalam hidup kita. Prinsip ini juga bukan sesuatu yang perlu kita jaja. Cukup la kita seorang je yang tahu prinsip kita tu kalau orang lain dengar lain pulak jadinya. Lebih-lebih lagi kita ni memang bersikap ekstremis dengan sesuatu yang kita pegang tetapi nak diizinkan Allah kita sendiri yang melanggar prinsip tu.

Hah!
Amacam???

Masa tu mesti rasa agak malu-malu tambah segan dan berkemungkinan ada je yang amik tindakan drastik untuk terus keluar daerah akibat tidak sanggup menanggung malu diatas keterlanjuran diri yang satu ketika dulu berdegar-degar cakap tentang prinsip yang dipegang sepanjang hayatnya sebelum ini.

Pelunturan prinsip ini mungkin saja boleh berlaku dalam masa yang singkat tapi kita tak sedar atau sebenarnya tak nak mengaku sebab tak mahu orang tahu yang kita ni dah malu.

Sering dalam hidup ini kita tak tahu apa yang sepatutnya kita dapat dan kita perlu ada. Kita selalu kisahkan apa yang kita mahu dalam kehidupan seharian sehingga mengabaikan keperluan yang sebenarnya. Begitu juga konsep prinsip yang kita pegang dalam hidup ini. Atas sebab tertentu kita bina prinsip-prinsip yang kita rasa boleh memandu kita dalam membuat keputusan. Mungkin disebabkan pengalaman lampau atau cerita-cerita orang sekeliling maka wujud item-item tertentu dalam pegangan kita. Syarat-syarat yang tanpa sedar kita buat dalam diam untuk mencari teman atau orang yang kita boleh bergaul dalam hidup. Sedangkan kita tak cuba untuk mengalami situasi tersebut atau berhadapan dengan golongan yang selama ini kita bataskan pergaulan kita atau mungkin sahaja kita tak berusaha mencari penyelesaian terhadap sebab-musabab tembok-tembok pemisah itu kita bina dalam hidup.

Maka, bina dan patuhi la prinsip hidup yang kamu pegang itu seadanya. Jangan sampai satu tahap kamu terlalu taksub dengannya. Tetaplah berpegang pada tali Allah kerana Dia pemilik segala kebenaran dan kebaikan. Prinsio yang kita pegang hanya kita sahaja yang faham dan juga hanya relevan pada diri kita. Pada orang lain berkemungkinan perkara itu tidak masuk akal dan tidak boleh diterima pakai.

Waahhh!!!!!!! Tibe-tibe lak macam karangan motivasi. Motif ringkas aku adalah...

"Prinsip itu perlu dalam hidup bagi mendidik diri menjadi tegas dalam semua hal agar kita dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna lalu membuahkan hasil yang menakjubkan. Namun jangan biarkan prinsip mengaburi kita dalam membuat penilaian dan keputusan kerana ia mampu merosakkan diri. Peganglah prinsip itu seadanya dan jangan berlebihan sebab satu hari bila kita terpaksa lepaskan atau ubah sikit prinsip tu jadi fleksibel tak la kita malu kan...kan..kan.."

p/s: Jangan suka cakap berdegar pasal prinsip, cakap prinsip aku tak akan layan orang yang cepat marah tau2 kau dapat bini panas baran kan.. ahakss!

Wassalam.

Jumaat, 23 November 2012

Perempuan Itu Complicated!

Assalamualaikum

Lama sudah aku menyepi. Bukan nak menyorok atau merajuk tapi tiada apa yang baru untuk aku ceritakan. Lagi pun tak baik cerita benda yang bukan-bukan dan mengarut. So, better be silent!

Tapi entah kenapa hari ini aku rasa nak bercerita. Bukan sesuatu yang fakta tapi hanya sesuatu yang aku rasa macam boleh diterima akal. Haha..ye la kot boleh diterima akal atau akal aku je yang mahu menerimanya.

Oh ye! Sementara tu aku nak bagi tau kat seorang Tuan Guru aku iaitu Tuan Hafis, nama blog ni 'CERITA SEORANG SOLEHAH'. Bukan 'AKU SEORANG SOLEHAH'. (maap ye Tuan)


Dari dulu aku rasa perempuan ni complicated. Sejak aku kecil. Aku tak tahu la sebab apa kan. Sampai satu tahap aku cakap aku tak suka adik perempuan sebab aku rasa kalau adik perempuan ni mesti leceh. Mungkin disebabkan ada saudara-saudara perempuan aku yang lebih kecil nampak sangat mengada-ngada kot.

Bila aku dah start sekolah rendah, aku semakin rasa perempuan ni kompleks sangat. Biasa la dulu sekolah, baru kenal manusia lain selain keluarga sendiri kan. Rasa macam best je ada kawan. Time ni le pandai nak ada bff la, kawan baik la, sahabat sejati la tapi tidak teman tapi mesra ok! Masa sekolah ni kan tak tahu la kenapa nasib aku ni kurang baik kan aku selalu je dapat kawan yang mudah sangat nak terasa, nak merajuk dan jap-jap nak putus kawan. Masa ni rasa macam bodoh je bebudak ni kan. Apa barang la nak merajuk-rajuk ni.  Ptuihhhh!

Tapi ye la kan, namanya pun budak lagi. Perangai kat rumah tu kita (bukan aku tapi diorang ok!) bawak pergi sekolah sama-sama. Aku tak berapa kisah orang yang suka merajuk ni. Tapi yang aku kisah orang yang dia ada hal dengan orang lain pas tu datang kat kita sambil bawa dialog, 
"Awak! Awak jangan kawan dengan dia tau. Dia tu kan .......... (ada la cerita ntah pape dia bawak kan). Awak jangan kawan dengan dia ok! Awak kawan dengan kita je ye."

 Apa kehe la perangai macam ni kan. Ceit!

Itu cerita sekolah rendah. Masuk sekolah menengah ni pulak lain la jalan cerita. Start era baru ni muncul lak golongan-golongan yang punya geng-geng yang tersendiri. Aku ni masa masuk sekolah menengah, aku jenis tak berapa nak ikut orang sangat. Aku kawan je dengan yang orang aku rasa aku boleh kawan. Aku tak berapa 'attach' dengan sesiapa. kalau baik dan rapat pun buat sementara waktu je. Selepas itu tak ada dah. Aku pun tak tahu apa masalah aku masa tu ( ye la perempuan kan complicated)


Mungkin perempuan complicated mcm ni!
Haha...aku lagi suka kawan dengan laki. Mungkin antara sebabnya ialah aku ni selekeh, so budak laki xberapa kisah maka tak de sape yang akan kritik macam mana aku lipat tepi tudung aku. Selain itu, aku ni temper kawan laki aku pun boleh on je sebab diorang adalah golongan yang paling pandai buat bodoh! Kehkehkeh... Sape-sape yang kenal aku masa sekolah dulu tahu la aku ni macam mana waktu sekolah menengah (sampai satu tahap kawan aku boleh keluarkan kenyataan yg dia tak rasa pun aku ni mcm perempuan...adeh!)

Masa ni la aku kenal dengan dengan kumpulan hot chick (budget hot), kumpulan kaum (Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina, India dengan India), kumpulan berita terkini hiburan sensasi (gosip and story pasal hot guy..kunun la kan) dan macam-macam la yang mungkin wujud.

Aku kalau kumpulan 'anak ayam panas' tu memang aku tak join la. Gedik plus geletis kot. Aku kan ganas and a bit a cool person (ptuihh! perasan siot) memang tak sesuai la. Kumpulan kaum aku ok ja. Tak de hal. Malahan boleh gak aku belajar speaking sikit-sikit dan upgrade ilmu maths aku yang macam haram je. Kumpulan berita terkini hiburan sensasi ni aku biasa-biasa je. Bahaya gak kalau baik-baik sangat kang tak pasal-pasal dengan aku-aku kena bahan kan. Cuma satu la kumpulan ni jenis kutuk cikgu. Entah apa penyakit diorang dengan cikgu tu, ada je tak kena kan. Biasanya yang diorang tak suka adalah ustazah sebab ustazah sekolah aku garang-garang. Ustaz time aku belajar dulu tarak. Bila aku dah masuk form 6 baru ada. Ustaz tu hensem wooooo!!! (bukan aku cakap tapi junior aku cakap) ~cube mengalih fakta~

Pada masa ini aku terfikir kenapa la perempuan ni perlu hidup dengan puak macam ni. Aku tengok budak laki best je. Hidup dalam keadaan aman dan damai. Kawan diorang tu busuk ke, gemuk ke, jongang ke, terlebih panjang ke dan sebagainya mereka menerima dengan hati yang terbuka. Pergi makan sama-sama, main bola sama-sama, pecahkan tingkap sekolah sama-sama, kutuk cikgu berjemaah dan ponteng dalam bentuk rombongan. Kan meriah hidup macam tu. Tak payah pening-pening atau rasa terpinggir kan.

Sampai hari ini aku rasa perempuan itu complicated sebab aku kadang-kadang pun tak paham dengan diri aku sendiri.  Aduh masalah sungguh! Aku rasa memang sah la  

...PEREMPUAN ITU COMPLICATED!...

p/s: biasalah bila peralihan hormon berlaku budak2 suka try benda baru dan cube cari identiti diri.

Khamis, 18 Oktober 2012

Solehah Latif???


Assalamualaikum

Hope semua sihat-sihat belaka. Hari ini terasa nak kongsi mengenai isu persepsi.

Persepsi ini sebenarnya perkataan Bahasa Inggeris yang telah di Melayukan. Asal katanya ialah perception yang membawa maksud penglihatan;pengertian;tanggapan. Kali ini isu aku lebih kepada pengertian yang ketiga tadi iaitu tanggapan.

Penggunaan peribahasa Inggeris Don't judge books by it's cover  sering digunakan sebagai peringatan kepada kita supaya tidak mudah menilai dan meletakkan label kepada seseorang berdasarkan luarannya. Namun telah menjadi lumrah kita untuk selalu menilai seseorang berdasarkan luarannya. Termasuklah aku. Kadang-kadang (aku rasa selalunya) orang tu kita tak kenal pun. Tapi kebetulan jodoh kita dia nak lalu depan kita kan. Tak pasal je kita akan memperkatakan perihal orang itu berdasarkan luarannya yang kita nampak. See! Suka-suka hati je nak judge orang kan. Tak berdosa sedara kita tu.

Aku pun ada masanya kena jugak macam itu. Bila aku tak banyak cakap dalam kelas orang akan kata aku tengah marah or bad mood. Ada juga buat andaian aku tak sihat sedangkan hari tu aku cuma tak nak cakap je sebab dah selalu sangat aku yang cakap maka bagi la peluang kat orang lain untuk bersuara pulak kan..kan.. Masa mula-mula sambung belajar, masa aku semester 1 ramai pikir aku ni sombong. Alkisahnya muka aku ni garang. Nak buat macam mana dah memang muka kita macam tu kan. Apa la kita boleh buat. Terima je la pandangan negatif orang. Tohmahan itu (ceh dramatik je bunyi kan) bertambah kuat bila aku ni bukan jenis jalan bilik orang, kerja duduk memerap dalam bilik dan sering saja balik KL. Pendek cerita memang aku kurang campur orang la. Biasa la tu tak biasa lagi dan tak kenal orang sangat. Namun lama-kelamaan situasi berubah dan kawan-kawan punya lebih banyak ruang untuk kenal aku bila buat assignment sama-sama kan.

Tapi situasi ini masih lagi berterusan sehingga hari dan saat ini. Spekulasi, persepsi dan seadik-beradik dengannya terus menghantui diri. Termasuklah label-label baru yang aku dapat dari kawan-kawan aku kan. Mungkin kerana pembawakan aku yang berubah sedikit demi sedikit kot. Entahlah. Wah tetibe saya konpius la!

Semenjak belajar jauh ni, aku semakin terbuka untuk menerima hal-hal baru dalam hidup aku seperti gaya hidup orang di Pantai Timur macam budaya dan makanan mereka. Aku semakin terbuka dengan ideologi-ideologi baru (hah! mentang-mentanglah awak student social science kan) dan yang paling aku sendiri tak sangka ialah aku menerima perubahan fesyen (pergh!!!! jadi fashion addict dah aku) Dulu-dulu lah kan, aku tak kisah sangat pasal fesyen ni. Apa yang ada aku pakai je la kan. Sampai kawan aku kata aku ni selekeh (even though I selekeh tapi still maintain cute..hahaha)

Cakap pasal fesyen, aku telah mengalami beberapa transformasi (bukan transformasi kerajaan ok!). Antara yang aku buat adalah fesyen baju kurung dengan kasut sukan, tudung belit-belit, cuba pakai baju selain fesyen baju kurung dan yang terbaru spek mata ala k-pop.

Malas cerita banyak mari kita lihat transformasi aku dari setahun ke setahun! Dan kawan-kawan sekalian sila kagum. Haha...

GAYA BIASA-BIASA JE












PENGARUH TUDUNG BELIT BERMULA









GAYA JUBAH DAN JILBAB



So macam mana?? Makin kemas kan. Berbanding yang mula-mula aku nampak sangat biasa. Seterusnya gaya-gaya aku yang menyebabkan kawan kelas aku bagi nama baru kat aku. Solehah Latif. Oh, No! Sangat tak lah kan. Hanya kerana gaya aku yang mula bercermin mata (welcome to rabun group) Maka aku terus mendapat nama timangan yang baru. Korang tengok sendiri la ada ke macam Najwa Latif?? Tak kan. Lagi sorang tu katanya macam Ainan Tasneem. Mana ada. Tak ada la. 
Aku ni rupa Yuna ok! (Tersangatlah perasaan. Sila Abaikan!)

GAYA K-POP MUSLIMAH!
(KEHKEH)

Sweet!


Demam Kuning!
Haha
Sangat Retis kan!


 Sangat transformasi bukan gaya aku.
 Selepas beberapa perubahan sepanjang 4 tahun belajar di UniSZA pelbagai persepsi yang telah diberikan oleh kenalan saya. Setiap kali saya berubah gaya ada je yang kata kerana saya dah bertunang, saya dapat pakwe baru, saya cuba meraih perhatian tak kurang yang kata saya cuba tiru gaya artis-artis bertudung yang sedang glemer. 

Penjelasan daripada saya (perghh!!! macam retis lak kena bagi statement gitu)
Saya ingin tampil lebih fresh, untuk raih satu energy baru dalam hidup saya dan membina personaliti baru untuk membina keyakinan diri dan menimbulkan rasa mesra dan senang kepada orang lain yang memerhati. 
Itu sahaja!

Sekian Wassalam.


p/s: bersamalah kita elak buat persepsi yang entah apa-apa.

credit: Nazirah Che Ali
           Nur Afaf Atiqah Mohd Radzuan
           (as photographer tak bertauliah)