Ahad, 19 Mei 2013

Masih Sayang

Ada masa kita rasa kita sudah kuat. Sudah mampu melupakan. Sudah boleh melangkah penuh yakin untuk mengukir kisah baru. Namun itu cuma perasaan yang penuh pengharapan. Kerana itu ia dipanggil rasa. Untuk masa yang singkat, kisah 7 tahun bukan mudah untuk dipadam. Akal fikiran manusia adalah ciptaan Allah yang hebat. Manusia yang lupa ingatan mampu untuk mendapat kembali memorinya dengan izin dari-Nya. Ini kan pula aku yang tak pernah mengalami apa-apa penyakit yang boleh buat aku nak melupakan sesuatu yang menyentuh hati dengan sekelip mata.

Hari ini kisah lama buat aku menitiskan air mata. Mungkin terlalu tragis. Allah menguji. Dan aku kuat dengan setiap ujian dari-Nya. Namun satu saat aku masih lagi rapuh.

Tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat bermain.

Hari demi hari, minggu demi minggu membawa kepada bulan ke bulan. Kini beranjak kepada sapaan tahun. Kehilangan seorang demi seorang yang kita sayang bukan mudah. Lebih sukar bila kita tahu orang itu masih ada tapi kita tak mampu untuk behubung dengannya kerana ada batas yang sudah memisahkan. Wujud sempadan. 

Dan aku bukan penceroboh.
Dan aku takkan sesekali untuk menceroboh.

Mulut aku mungkin kata benci tapi bukan membawa sebagaimana maknanya. Kata benci itu menandakan betapa sakit yang perlu aku lalui. 

Benar sakit.
Sakit kerana masih sayang dan aku terpaksa pendam.

Allah uji kita melalui orang yang kita sayang, benda yang kita sayang dan perkara yang kita suka. ujian Allah pelbagai. Sama ada kita sedar atau tidak. Aku tak pandai membenci sebab ayah dan emak tak pernah ajar perasaan tu. Ayah selalu berulang-ulang menyatakan, 

"Kalau benci pun jangan tunjuk kita benci. Kita taktahu hati orang. Nanti kalau hari ini kita cakap tak nak, tak suka benci. Esok-esok itu yang kita dapat".

 Bukan ayah je yang pesan. Allah pun dah ingatkan kita dalam Al-Quran:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
 Surah Al-Baqarah ayat 216



Maka aku didik hati sabar. Allah maha mengetahui. Ada yang lebih baik. Belum masa. Benda baik kena sabar bukan cepat-cepat Allah bagi. Realiti hidup benda yang mudah sangat dapat orang cepat lupa dan tinggalkan. Tapi yang susah ni orang jaga sebab ada nilai. Hendak pegang susah kalau dah dapat takkan mudah-mudah kita nak buang kan.

Tak salah kalau teringat dan tak salah kalau menangis. Kalau itu mampu melegakan. Mungkin ada yang kata bodoh. Namun manusia lain-lain cara menghadapinya.
Yang lepas biarlah berlalu. Aku lepaskan ia berlalu. 

Aku tahu aku buat benda yang betul mengizinkan seseorang menjadi anak yang taat kepada ibu bapanya walau aku terpaksa terluka. Pengorbanan memang begitu sakit. Nama pun korban. Mana ada orang berkorban tak perit. Cuba tengok lembu kambing yang kena sembelih masa raya korban tu. Nampak seksanya kan. 
Sakit. 
Tak tahu la aku kalau korang pernah tengok binatang yang kena korban tu bersuka-ria pulak.


Ya, aku masih sayang. Tapi aku tak harapkan apa-apa. Cuma doa yang boleh aku kirimkan. Hanya ingatan yang aku ada untuk dia. Hanya kenangan yang aku simpan dengan dia. Dan aku tahu, aku dan dia ada 7 tahun itu. 

7 tahun yang kami usahakan untuk ke jalan DIA. 
TAPI. . .
DIA dah tetapkan kami akan ke jalan itu dengan pasangan yang berbeza.
Dengan pasangan yang DIA dah tetapkan.

Air mata, gugurlah kalau nak gugur.
Hati...hibalah kalau nak hiba.
Kerana aku Solehah, seorang manusia, seorang perempuan yang sudah begitu Allah ciptakan.

Jumaat, 3 Mei 2013

Cerita Dan Gambar

Wow!

Lama aku tak update blog! (lagi lama kot aku biar blog subjek aku bersawang) *peluh besar*

Hahaha! 

Solehah biasalah kalau suka mengutamakan yang tak utama. Suka menerawang kalau buat keje kan. Belum lagi masuk cakap lain buat lain.

Tapi tak perlu pikir hal tu sebab aku nak kongsi gambar yang aku agak rajin nak edit-edit ini hari (bukan ini kalilah)

Masa tengok gambar-gambar dalam handphone adik aku, terdetik hati ini nak update blog dengan cerita baru. Dah tu sibuk edit gambar, pergi urut kepala adik aku la dah tu pergi pulak siapkan bahan-bahan nak masak mee goreng esok makanya aku dah jadi malas. Hahaha!

Walaupun macam tu aku tetap menaip tuk saje-saje naj bagi sape-sape yang rajin nak baca untuk baca kan. Kalau ada, ada lah. Kalau tak ada pun tak pe. Bukan masalah besar pun kan. Hari ni pun bahasa aku suka hati je kan. Aku dah malas fikir sebab kepala dah berat dengan tesis. Ayat-ayat formal lagi skema disimpan untuk tesis kesayangan. Kuikuikui!

Hari ini aku pergi pasaraya dengan Andak dan Kak Utih.
HADOI!
Pening kepala aku. Tak pernah lak aku tau Utih aku ni boleh tahan bising mulut dia. Tak sampai lagi kat bahagian barang-barang tertentu dia dah bising-bising tanya itu ini kena beli tak? Sampai aku tercicir-cicir barang yang nak diambil masuk ke dalam troli. 

Itu satu hal la kan bising tanya barang apa nak beli. Paling tak boleh blah dia cakap nak beli itu ini sebab nak masak resepi tertentu.

WAIT!
Utih?? Cakap nak masak something????

Ok aku tanya dia,

"Kita beli semua ni kan, siapa yang nak buatnya"
"Hehehe..kau la Chik. Kau cuti kan lama." Jawab Utih sambil buat Gwiyomi (dak aih saje exaggerate)

Dah agak. 

Memang aku balik ni kerjanya masak la apa yang diorang ni berkenan. Tak pe la untuk family jugak kan. Mana tau sebab makan air tangan aku boleh lebih sikit harta turun kat aku kan. 
KAHKAHKAH!!! (gelak jahat) 

Ada cerita lagi hebat dari cerita Utih shopping barang dapur tapi endingnya aku yang kena masak. 

Sila rujuk gambar dibawah!

screen capture status fb aku
Pagi 25 April 2013, emak aku bagi sms macam yang aku buat kat status aku tu la. Masa dapat mesej tu rasa nak gelak guling-guling pun ada tau. Aku cerita kat roomate aku lepas tu dia cerita kat kawan dia. Kami semua gelak. Diorang kata cara mak aku nak kata da rindu anak dia unik. Hahaha. Memang serius geli hati. Hilang kejap stress tesis. Aku rasa tadi aku cakap aku malas nak bercerita dan nak kongsi gambar je kan?? Hahaha nama blog dah Cerita Seorang Solehah. Mana bulih dak cerita. 

Cukup la kan. Panjang dah cerita. Kongsi next time k. Jom tengok gambar-gambar terbaru yang aku edit. Gambar lama tapi aku edit. Enjoy!

Atas Bot Balik Dari Pulau Aman, Penang (2012)

Pulau Aman (2012)
Hepinye!!!

Kenduri Kawin Sepupu

Kami Berempat
(Gambar dolu2 masa mudo)

Aku la tu!

We Are Family :)

 Itu je la.
Wassalam. :)

Sabtu, 13 April 2013

Nasihat SI Pendosa

Ya. Aku bukan seorang yang baik namun aku berusaha menjadi baik. Aku bukan orang yang taat pada agama dan aku tak tahu sudah berapa banyak larangan yang sudah aku terobos kerana mengikuti nafsuku. Tapi itulah aku. Masih manusia yang lemah pada hatinya dalam menjadi pengikut Muhammad. 

Rakanku berbilang.
Berbilang segala aku rasa. Akhlaknya, moralnya, agamanya, bangsanya mahupun pendidikannya. Aku terima. Aku pun bukan baik. Maka aku tak memilih. Kata orang nak jadi baik maka carilah sahabat yang baik akhlaknya dan jauhi orang yang rosak hatinya. Kedengaran mudah bukan.

Argghh! Getus hati ini. 
Aku ketuk kepala. Semudah itukah menjadi baik? 
Aku ini gadis kotor. Selagi mampu aku bertukar pasangan selagi itu aku buat. Selagi mahu selagi itu aku teruskan. Akhlak aku kalau dicampak tak tahu ke jurang neraka mana ia akan pergi. Kalau mudah cari orang baik untuk menjadi kawan dah tentu banyak orang yang sudah jadi baik. Aku yang jahat ini jelas-jelasnya mahu menjadi baik perlu berkawan dengan orang baik. Formula mudah, orang yang baik sudah tentu seribu kali mahu berkawan dengan orang yang baik sahaja dan menjauhi orang seperti aku. Sudahnya bagaimana untuk aku berkawan dengan orang yang baik kalau orang yang baik itu menjeing orang seperti aku sudah jijik.

Aduh! Malas untuk aku fikir lagi. Biarlah kalau yang aku kawan itu jahat mana sekalipun tetap kawan aku.

Satu hari aku keluar bersama seorang sahabat. Baru kenal. Berlainan jantina. Berborak, bercerita dan  berkenalan aku rasa. Sesekali bermesra. Dalam perjalanan pulang selepas pertemuan kami, seperti orang lain kami berkomunikasi.

"You lepas study nak kerja apa?" Soal kenalanku.
"Kalau ikut I tak nak kerja. Habis belajar cari lelaki kaya je. Hidup senang goyang kaki" Balas aku sambil menyengih macam kerang busuk.
"Sayang la. You belajar tinggi kena la kerja."
"I gurau je la. I ingat nak jadi cikgu."
"Great! Pilihan yang baik. You tau elok jadi cikgu ni. Besar jasa dan baktinya. Didik anak bangsa masa hadapan jadi manusia berguna dan jangan jadi macam kita ni."
"Hahaha...betul tu. Kita dah buat dah tahu baik buruknya Memang elok la orang macam kita ini yang mengajar ye." Jawabku ringkas sambil menahan sisa tawa yang tak terbatas.

Wow! Terkesima, terkedu dan segala macam rasa yang seangkatan dengannya. Hati aku terdetik. 
Ahli neraka macam mamat ni pun terfikir nak jaga anak bangsa. 

"Kalau you dah kerja nanti dan kalau you dah jadi cikgu, I tak kan ajak you buat apa kita buat sekarang ni. I pun tak selamanya nak jadi macam ni, tapi I tak tahu la bila I akan ready untuk berubah. Nanti bila you dah kerja buat elok-elok ok. Jadi cikgu yang baik."

Dia mungkin seorang pendosa tapi dia masih ada kesedaran. Hatinya mungkin penuh dengan noda hitam tapi masih ada ruang bersih yang belum terusik. Nasihat si pendosa menghiris bagai sembilu yang tajam. Biarlah luka dan berparut asal aku tak lupa nasihatnya.