Khamis, 27 Mei 2010

Saharudin Dalam hidupku...

Assalamualaikum..
Boleh tahan lama aku tak update blog aku. Hari ini aku nak cerita tentang SAHARUDIN. Mesti bila anda baca karangan kali ini tertanya-tanya siapa gerangan empunya nama ini. Apa yang bakal aku cerita ni adalah luahan rasa hati aku terhadap insan ini. Mungkin orang ini sendiri tak tahu apa yang aku rasakan ini tapi aku nak kongsi semua ni dengan sesiapa saja yang baca ruangan ini. Insan ni terlalu banyak bagi kesan dalam hidup aku. 


SAHARUDIN 

Nama penuh Saharudin Bin Parmin. Lahir pada 28 Februaru 1954.
Beliau adalah ayah aku. Orang yang bertanggungjawab di atas kelahiran aku di muka bumi Allah ini. Orang yang mendidik aku dan menyayangi aku dan adik-beradik aku yang lain. Orang yang bagi pendidikan sebaiknya kepada aku. Ayah adalah orang yang paling banyak mempengaruhi bentuk karektor aku. Walaupun hakikatnya aku adalah anak emak tapi minat dan kesukaan aku lebih terdorong kepada ayah.

Antara emak dan ayah, ayah adalah orang yang lebih spesifik pandangannya kepada anak-anak. Walaupun adakalanya sikap ayah yang pilih kasih antara anak-anak jelas kelihatan (salah satu perkara yang jarang diakui oleh ibubapa walaupun hakikatnya pasti ada anak kesayangan dalam keluarga) tetapi ayah masih perasan apa yang sering dilakukan anak-anak dan ke mana arah kecenderungan kami. Contohnya aku. Aku suka kepada penulisan, aku seorang yang punya sikap sastera yang tinggi dalam keluarga. Ayah sentiasa bagi dorongan supaya aku selalu menulis. Ayah juga banyak bagi galakan membaca bahan bacaan di luar keperluan akademik sekolah aku. Membaca itu satu pengalaman yang menyeronokkan bagi aku. Bila aku membaca aku berfikir bagaimana orang boleh buat cerita dan bercerita tentang pelbagai perkara yang menarik dan buat aku minat untuk menulis agar satu hari nanti ada pula orang lain yang akan baca kisah aku seperti apa yang aku alami sekarang. Ayah juga garang. Dari cerita abang dan kakak-kakak aku, diorang cakap masa kecik dulu kalau buat salah mesti kena rotan, kena kurung luar rumah. Diorang cakap memang terseksa sangat tapi bila masa aku dengan adik-adik ayah dah kurang garangnya. Tapi aku tetap takut dengan ayah masa kecik. Dah besar ni tak takut tapi tak berani dan lagi satu aku tak suka kena marah. Aku tak suka kalau mak ayah aku bising walaupun apa diorang cakap tu betul tapi aku cuma tak suka cara penyampaiannya. Satu perkara yang aku ingat lagi tentang ayah ialah ayah selalu bawa aku dan kakak aku, Kak Utih pergi tempat kerja dia masa tu umur aku mungkin dalam 3 tahun. Ayah keje dengan majlis daerah mak pulak dengan Felda. Kami sekeluarga tinggal di rumah ibubapa mak aku. Oleh sebab tak ada orang nak jaga aku dengan kakak aku, ayah angkut kitorang sekali pergi tempat kerja dia. Biasanya kitorang msih tidur lagi dalam kereta masa ayah sampai tempat kerja jadi ayah akan amanahkan satu uncle India ni jaga kitorang. Bila terjaga je kitorang akan masuk satu dewan ni dan main-main dalam tu. Bila dah penat uncle akan bagi kitorang minum susu dan tidurkan kitorang. Masa ni tak ada masalah cabul atau rogol budak-budak. Aman sangat langsung tak rasa terancam walaupun orang asing yang jaga aku masa tu. Seronok masa tu yang aku tahu bangun tidur main dah penat tidur balik. Sampai tahap macam tu ayah jaga kitorang. Tangan mak ayah yang didik kitorang. Walaupun waktu susah tapi mak ayah sedaya upaya besarkan kami dengan cara yang terbaik. Ayah pernah cerita yang dulu gaji kecik nak beli susu pun terpaksa berhutang. Aku dengan dua adik bawah aku cuma jarak setahun-setahun jadi banyak nak guna susu dan lain-lain keperluan. Selalu ayah aku beli susu tin kecik je tapi tauke kedai runcit tu orang bangsa Cina suruh ayah aku ambil tin besar bila ayah aku kata tak ada duit terus dia cakap tak pe nanti ada duit baru bayar sekarang anak kecik-kecik lagi baru nak besar tak pe la jangan bagi anak rasa susah. Sampai tahap macam tu sekali pemahaman masyarakat terhadap kesusahan orang lain. Aku bukan cakap soal faham antara satu sama lain sahaja tapi soal keikhlasan dan semangat saling percaya masyarakat masa tu. INDAH..TERLALU INDAH. Itulah ungkapan yang mampu aku lontarkan bila terkenang kisah tu. Aku juga tak pernah jemu dengar cerita ayah ini walau diulang berkali-kali. Aku bersyukur kerana pernah rasa hidup atas budi baik orang-orang seperti ini. Andai kata mereka yang mulia hati seperti ini tiada masa aku dan adik-adik aku membesar mungkinkah kami boleh jadi seperti apa yang kami jadi seperti hari ini? Wallahualam..kuasa Allah yang maha penyayang hanya mampu aku panjatkan kesyukuran diatas nikmat luar biasa yang DIA bagi untuk hamba yang serba cela ini. Bercerita tentang ayah, ada satu perkara yang paling aku tak lupa tentang ayah. Bila duduk berdua dengan ayah banyak perkara yang kami bincangkan dari topik hal keluarga, isu semasa, isu belajar aku dan macam-macam lagi. Ayah tak pernah lupa ingatkan aku dan bagi nasihat. Selalu yang suka dia ingatkan dah tentu pentingnya solat dan doa pada Allah kemudian tentang perangai aku yang perlu banyak berubah jadi lebih sabar dan lembut dalam perbuatan dan percakapan dan akhirnya menginjak kepada ketekunan aku dalam mengejar ilmu. Walaupun ayah hanya insan biasa yang punya banyak khilafnya sehingga adakalanya melukai hati aku sebagai seorang anak tapi aku tetap sayangkan ayah dan dia adalah WIRA dalam hidup aku. Cinta kekasih kita boleh bertukar ganti tapi kasih ayah satu ni je mati ayah ni mati lah kasih dia yang ada hanya yang tersemat dalam hati.



Wassalam

Isnin, 10 Mei 2010

"Ballighu 'anni walau ayah"

Idea untuk post kali ini daripada Majalah SOLUSI edisi Mei 2010 (m/s 105- kolum info sunnah)

Assalamualaikum

Post kali ni aku mulakan dengan Sabda Nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W:

"Ballighu 'anni walau ayah"
Maksudnya : Sampaikan daripadaku walau satu ayat.
Para sahabat ketika itu yang mendengarkan kata-kata Rasulullah ketika itu terus bertebaran diatas muka bumi Allah sama ada melalui jalan darat atau laut untuk menyampaikan seruan tauhid kepada Allah SWT. Namun, dewasa ini yang dapat kita lihat penyebaran dan pengembangan ilmu agama ini hanya dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu sahaja (ustaz, ustazah, pak kiai, pendakwah dan sebagainya). Seolah-olah tenggungjawab ini hanya diperturunkan kepada mereka sahaja. Sedangkan jika kita rujuk kembali kepada hadis Baginda ini, Rasulullah tidak menyebut atau merujuk kepada golongan yang khas mengenai siapa yang lebih berhak dan afdal untuk menyampaikan risalah yang dibawa Baginda. Maka, kita perlulah sedar bahawa sekecil-kecil ilmu yang diperturunkan oleh Muhammad S.A.W hendaklah disampaikan kepada umat manusia.
Tetapi bagaimana ingin disampaikan? Sedangkan ilmu di dada tidak begitu mendalam. Maka dengan itu sampaikanlah apa yang kamu ketahui itu seadanya, tidak lebih dan tidak pula kurang. Hal ini penting supaya apa yang disampaikan itu tidak membawa kepada kesesatan. Allah telah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berusaha mempertingkatkan daya usaha dalam mengejar ilmu Allah yang cukup luas. Bahkan, Baginda juga pernah bersabda yang bermaksud :
"Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China".
Hadis ini menyuruh umat Baginda berusaha mencari ilmu hatta terpaksa mengembara sehingga ke benua negara yang lain. Kita hendaklah sentiasa berlapang dada dan terbuka dalam menerima nasihat, kritikan dan pendapat orang lain. Bayangkan sekiranya kita bersikap tertutup ibarat sebuah gelas yang di terlangkupkan. Apabila dituang air keatasnya tidak setitis pun yang mampu ditakunginya malahan melimpah dan membasahi sekelilingnya. Tetapi jika kita bersikap terbuka ibaratnya sebuah gelas yang mulutnya terbuka dan bila dituang air akan ditakung sebanyaknya yang mampu ia takungi. Begitu juga manusia, bila ilmunya banyak dan disebarkan kepada yang lain maka manfaatnya akan diterima ramai. Jika disimpan hanya untuk dirinya sendiri maka ilmu itu akan sia-sia dan terkubur bersama jasad insan itu apabila dia mati dan dikebumikan kelak. Malahan orang seperti ini akan Allah laknat kerana bersifat bakhil dengan ilmu yang bukan miliknya. Sesungguhnya Allah benci kepada manusia yang suka kepada perbuatan sia-sia.
Merujuk kembali kepada pokok bicara kita, umat Islam diajar oleh Rasulullah untuk menyampaikan setiap ilmu yang bermanfaat kepada sesiapa saja. Malangnya hari ini lebih ramai yang menyembunyikan dari yang menyampaikan. Situasi ini terjadi kerana wujud segelintir golongan yang bersikap ingin menguasai sesuatu bidang ilmu supaya dirinya dihormati, dimuliakan dan disanjung tinggi. Keinginan menjadi manusia yang lebih hebat dari manusia lain menjadi punca mereka bersikap tamak dan mementingkan diri sehingga melupakan amanah Allah sebagai khalifah. Sewajibnya kita selaku golongan yang punya sedikit ilmu ini hendaklah berkongsi dan menyampaikan kepada yang lain kerana ilmu Allah tidak pernah kering walau sebanyak mana kita beri pada yang lain. Malahan janji Allah setiap ilmu yang disebarkan itu akan diangkat sebagai satu bentuk amal jariah dan akan memberi manfaat kepada kita apabila berada di alam barzakh kelak. Malahan, bila kita bermurah hati berkongsi ilmu maka Allah akan membukakan pintu-pintu dan rahsia-rahsia ilmu-NYA yang lebih besar untuk kita.
Bila kita berbicara tentang ilmu, ingatlah falsafah ini, 'ILMU ITU BUKAN UNTUK DIMILIKI TETAPI UNTUK DISEBARKAN. ILMU ITU BUKAN MILIK KITA TETAPI MILIK YANG MAHA PEMILIK YAKNI ALLAH SWT.'
Wassalam
P/s: Nabi Muhammad merupakan junjungan besar Umat Islam. Maka setiap kali mendengar nama Baginda hendaklah kita mengucapkan selawat sebagai tanda ingatan dan kasih kepada Baginda.

Jumaat, 7 Mei 2010

Habis Exam Balik Rumah

Assalamualaikum

Ingat sampai je K.L Selasa lepas terus nak post cerita baru tapi internet lak tak boleh guna. Bila dah boleh guna aku pulak yang sibuk sangat dengan hal-hal lain. Penat tak terkata la macam nak gila je rasa tapi sekarang masih lagi waras. Sekarang ni dah ada di rumah la. Masa aku kat Terengganu malam sebelum balik K.L beg galas aku hilang. Blurr.. gelap jap dunia aku. Selalu tinggalkan beg tak pernah hilang. Rezeki malam tu beg tu diambil orang. Walaupun dalam tu tak ada benda berharga tapi banyak la barang yang ada nilai sentimental dalam hidup aku ni. Bekas alat tulis yang mak aku bagi dan dipenuhi dengan pin badge yang aku kumpul pun dalam tu. Sedih betul dalam tu ada gambar family aku, seluar pendek dengan selipar kesayangan aku. Lagi ada pendrive aku, gelang, cincin, rantai dengan pin tudung aku. Aku ni jenis jarang nak beli barang-barang perhiasan perempuan ni. Kebanyakannya Kak Utih aku yang belikan. Aku sayang benda-benda tu semua jaga baik punye sekali semua hilang dalam sekelip mata.

Dugaan Tuhan supaya aku kuat semangat dan mungkin juga balasan atas kesalahan aku. Siang tu aku marah dengan abang aku sebab aku mintak tolong dia ikut ayah aku masa jemput kat Hentian Putra pagi esoknya untuk angkat barang-barang yang banyak dan berat tu. Abang aku kata dia malas nak ikut dan suruh adik aku yang pergi tapi adik aku tu kena jaga atuk dengan nenek aku kat tempat lain. Akibat aku asyik mengeluh macam mana nak angkat barang yang banyak tu Allah tolong kurangkan beban aku yang kecil saja pada asalnya dan beri kepada cabaran yang lebih hebat. Balik sem depan aku kena buat kad matrik baru sebab dalam beg tu jugak ada kad matrik aku... Bengang gila..

Ini je la untuk kali ni. FALSAFAH HARI INI, MALANG TIDAK BERBAU TAPI SEMUANYA DIBERI SESUAI DENGAN KEUPAYAAN KITA SEBAGAI HAMBA-NYA. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA ADIL LAGI MAHA MENGETAHUI....

Wassalam..