Cerita hari ini adalah kenangan beberapa hari lepas. Aku dan rakan-rakan sekelas yang lain telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi sukarelawan (ada juga yang jadi sukarelapaksawan) untuk satu program amal iaitu Global March To Jerusalem. Program ini merupakan anjuran bersama UNESCO UniSZA dan juga Aqsa Sharif. Tujuannya untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin, memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kekejaman Zionis Israel serta sebagai tanda sokongan kepada pergerakan secara besar-besaran dari Jordan ke Tembok Gaza kalau aku tak silap. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi kat link yang aku dah bagi kat atas tu ye.
Program anjuran bersama yang kami terlibat ini telah mengadakan perarakan beramai-ramai melibatkan pelajar, wakil Aqsa Sharif dan juga orang awam. Pergerakan bermula dari Masjid Unisza Sehingga ke Dewan Besar Al-Mukhtafi Billah Shah UniSZA (Jumaat, 30 Mac 2012). Aktiviti ini merupakan acara utama dan kemuncak kepada kempen ini. Beberapa hari sebelum itu terdapat acara lain seperti pengumpulan tanda tangan orang ramai sebagai tanda sokongan pembebasan Palestin. Sepanjang perarakan diadakan terdapat banyak banting dan juga sepanduk-sepanduk yang dibawa bersama. Antaranya adalah kerja tangan aku dan rakan-rakan sekelas yang lain. Semalaman bersengkang mata untuk siapkan semuanya. Macam-macam gaya ada. Tak sangaka betul semuanya berdarah seni.
Seronok bila berkumpul macam ini. Lagi-lagi yang jarang-jarang nak ikut serta turut turun padang memeriahkan suasana. Keadaan sangat menyenangkan disulami dengan gelak ketawa rakan-rakan. Usik-mengusik dah jadi makan ruji bagi kami semua. Adengan kutuk mengutuk manja turut terselit dalam aktiviti ini. Hahaha...macam-macam perangai Belum tambah perangai kawan seorang ini yang tak tahu erti penat bercakap. Aku pulak dengan perangai loudspeaker. Cakap tak pandai nak perlahan-lahan. Kihkihkih...
Beberapa kain putih telah diagih-agihkan dan kami sesama sendiri membahagikan tugas siapa yang mahu melukis dan mewarna kain-kain tersebut. Aku tak panggil kumpulan dalam pembahagian tugas melukis ini. Aku panggil company. Haha.. Aku jadi presiden company. Mula-mula aku buat sorang je sebab orang lain dah ada company sendiri. Akhirnya selepas itu seorang-seorang datang jadi pekerja aku. Paling semangat Muhd Izzat. 70% banting tu dia yang warna. Lain-lain yang sama-sama membantu Hairulnizam, Aemy, Salam, Nasuha, Adila, Dayat dan yang last sekali sign contract dengan company aku Faezah. Selain kumpulan artis untuk menyiapkan banting ini company kami turut mempunyai sukarelawan untuk datang bagi sokongan yakni Yasir. Paling mahal kesan visual dalam lukisan banting itu adalah kesan tapak kaki Izzat ke atas bendera Zionis Israel. MEMANG SMART SANGAT!!!
Dayat, Pijun (sibuk ja bukan pekerja aku pun), Izzat, Barir, Aku, Aemy,Farhan, Yasir, Salam dan Adila. |
Walaubagaimanapun sebelum hari kejadian, satu kejadian lain atau lebih kepada tragedi telah menimpa company aku. Semuanya hanya disedari pada tika Izzat hendak mengambil banting yang siap dikeringkan untuk dipasang pada kayu sepanduk. Kisah penuh tragik itu adalah KAIN BANTING TERSEBUT HILANG!!!
Arrgghhhhhhhhh....kenapa??? Kenapa ini yang terjadi? Huhuhu...sedihnya. Masa perkhabaran itu disampaikan kepadaku hatiku luluh, hancur dan berkecai. Seolah-olah tiada lagi oksigen yang dapat aku sedut terus melalui lubang hidung aku. Tulang selangka aku macam dipijak-pijak dengan penuh kejam. Aduh..sakitnya tak terkata (begitu tragisnya kehilangan kain banting tersebut telah memberi kesan kepada aku)
Tapi tak apa la. Nak buat macam mana kan. Bukan rezeki kumpulan kami. Redha la. Mungkin Allah tak nak kami ni jadi bongkak kot. Kalau dapat tayang kat semua orang nanti orang puji-puji timbul rasa ujub pulak kan. Kami redha. Aku rsa tu la dulu aku cerita. Nanti aku rajin aku sambung lagi.
Apa pun yang terjadi aktiviti ini merupakan antara yang terbaik bersama rakan-rakan. Kenangan yang sangat manis dan mendamaikan walaupun ada yang asyik menyakat sampai keadaan emosi aku mengarahkan jarum ketenangan kepada skala terganggu tapi aku suka je. Hahaha...dasar Solehah sengal.
Mudah-mudahan pada masa akan datang lebih ramai yang akan terlibat bersama-sama kami.
Semoga ukhwah kita kekal berpanjangan sahabat-sahabatku.
Wassalam.